Alor Setar to Bangkok | Station Padang Besar [ Solo Travel ]

Written by mhilmi on . Posted in Travel Photography

Saya bukanlah kaki travel yang sering mengembara ke serata dunia seperti sesetengah individu yang akan mengembara/travel 5,6 kali setiap tahun atau lebih. Niat di hati sememangnya ingin selalu mengembara dan mendapatkan pengalaman berada di negara orang. Tapi memandangkan terdapat limitasi dari segi masa/cuti dan juga kewangan, cukup buat masa ini sekali sekala berjalan di negara orang dengan budget yang rendah. Kali ni, saya mendapat kesempatan untuk ke Bangkok dengan menaiki keretapi. Saya pernah menjejakkan kaki sekali ke Bangkok sebelum ini tetapi dengan menaiki kapal terbang, manakala ke Hatnyai beberapa kali dan juga sekali ke Krabi dengan menaiki kereta sendiri melalui border Bukit Kayu Hitam.

Perjalanan bermula dari Alor Setar pada pukul 3.53 ptg. Tiket telah di beli seminggu yang lalu di kaunter tiket keretapi Alor Setar dengan harga RM 105.30 ( Sleeper Bed Lower ), 2nd class air conditioned train. Tak pasti pula harga bagi upper bed yang semestinya lebih murah memandangkan upper bed ruang tidurnya yang lebih kecil dan agak mudah untuk turun dan naik ke katilnya. Permandangan sawah bendang tidaklah begitu menarik sepanjang perjalanan antara Alor Setar ke Padang Besar oleh kerana saya sememangnya tinggal di Alor Setar yang sering kali melihat permandangan sawah padi atau bendang. Tambahan pula ketika ini, semua sawah bendang telah pun di tuai padinya dan belum lagi melalui proses penanaman semula.

Ini bukanlah kali pertama saya menaiki keretapi, tetapi oleh kerana ini merupakan perjalanan solo saya yang kedua dan juga perjalanan merentas negara dengan manaiki keretapi, agak teruja sedikit perasaan di hati. Niat untuk melakulan pengembaraan ini telah lama di hajati, tetapi baru kini dapat dilaksanakan. Mengikut plan asal, saya akan bersama Mohammad Hanafi (Epi) untuk melakukan perjalanan ini, tetapi memandangkan beliau amat amat kesempitan masa, terpaksalah saya melakukannya secara solo dimana keputusan untuk melakukan pengembaran ini seminggu sebelumnya. "Just Go", kerana sekiranya saya masih menunggu rakan2 berkesempatan untuk bersama sekali, kemungkinan langsung tidak dapat dilakukan. 

Station Keretapi Padang Besar

 

Station Keretapi Padang Besar

Station Keretapi Padang Besar

Perjalanan dari Alor Setar ke Padang Besar hanya mengambil masa lebih kurang satu jam, dimana keretapi ini berhenti sebentar di station Arau, Perlis untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Dari Alor Setar, hanya terdapat dua gerabak (coach) yang akan ke Bangkok dan satu lagi merupakan kepala keretapi. Setibanya di station Padang Besar, para penumpang dikehendaki keluar dari coach dengan meninggalkan beg di dalam coach dan hanya membawa beg dengan barang berharga bersama untuk melalui proses pemeriksaan Imigresen dan untuk mengecop passport keluar dari Malaysia di kaunter Imigresen Malaysian dan mengecop masuk ke Thailand di kaunter Imigresen Thai. Penumpang seakan berpusing di dalam kawasan ini, dimana akan melalui Imigresen Malaysia dan kemudian melalui Imigresen Thai dan masuk kembali ke dalam coach. Di sini, tahap pemeriksaan tidaklah begitu ketat, di mana selepas sahaja kita cop di Imigresen Thai, kita boleh naik ke aras satu untuk berehat, solat dan juga untuk makan kerana terdapat tandas, surau dan kedai makan di aras satu memandangkan keretapi ini akan berhenti lebih kurang 2 jam di Station Padang Besar ini kerana proses untuk menukar Kepala keretapi dari Thailand akan dilakukan di sini. 

Di sini saya mengambil kesempatan untuk makan terlebih dahulu memandangkan agak sukar untuk makan di dalam restaurant dalam keretapi ini kerana tiada makanan halal di dalam nya. Saya juga mengambil kesempatan membeli bekalan makanan seperti roti di sini untuk kudapan pada malam nanti ketika dalam keretapi. Kedai makan di aras satu ini tidaklah menyediakan makanan yang lazat, sekadar makanan berlauk dengan lauk yang biasa sahaja, tetapi cukup untuk lapik perut agar tidak kelaparan di dalam keretapi nanti. Memandangkan hanya terdapat 2 coach sahaja yang bertolak dari Alor Setar ke Bangkok, maka permintaan ticket keretapi ini amat tinggi dan mudah habis sekiranya lewat. Bagaimana pun, apabila keretapi ini tiba di Hatyai, 8 gerabak lagi akan di tambah untuk permintaan ke Bangkok. Ini bermakna sekiranya kita benar2 perlukan tiket untuk ke Bangkok, boleh lah menaiki keretapi di Hatnyai dengan membeli tiket di Kaunter Tiket Thailand di Station Padang Besar. Di station Padang Besar, terdapat dua kaunter tiket, iaitu kaunter tiket KTM Malaysia dan juga Kaunter tiket Thailand. Online ticket juga ada di tawarkan di http://www.thailandtrainticket.com/ .  Boleh di rujuk perjalanan keretapi Thailand di laman web tersebut. 

Bergambar di hadapan coach yang akan ke Bangkok ( Masih tiada kepala keretapi kerana masih belum tiba dari Thailand )

Pekerja Keretapi,  beliau yang akan menukarkan tempat duduk kepada katil apabila menjelang malam nanti

 

Semasa perjalanan saya kali ini, semasa di station ini, terdapat perkerja keretapi Thai yang meronda di dalam coach dan menawarkan pertukaran mata wang Malaysia (RM) ke Matawang Thai ( Baht ). Beliau boleh berbahasa THai, Melayu dan juga English. Ketika pulang ke Malaysia, Beliau juga akan menawakan pertukaran wang dari Thai ke Malaysia. Tidak pasti samada tawaran beliau baik atau tidak, tetapi sekiranya kita masih belum menukar mata wang, boleh lah dilakukan dengan beliau dan rasanya, sudah pasti tawarannya lebih elok jika di bandingkan sekiranya kita menukarnya setelah tibanya di Bangkok nanti. Keretapi mula bertolak dari Padang Besar lebih kurang pada pukul 7.00 malam. Dan selepas lebih kurang 1/2 jam bertolak, pekerja keretapi akan memulakan proses menukarkan seat tempat duduk kepada fungsi katil lower bed dan upper bed. Bantal yang disediakan menggunakan sarung bantal yang baru dan juga di bekalkan dengan selimut yang baru ( masih dalam packing plastik ). Tidak perlu membawa bantal dan selimut sendiri. Plug untuk mengecas telefon/tab/laptop berada berhampiran antara katil no 17/18 dan 21/22. 4 katil ini merupakan katil yang paling tedekat dengan plug elektrik yang mempunyai 2 pasang plug (4 point plug format Thailand ). 

keadaan seat yang belum di tukar ke format katil

 

Setelah seat di tukar ke format katil dengan ruang yang lebih selesa bagi lower bed