Greatwall at Jinshanling, Beijing | Solo Traveler

Written by mhilmi on . Posted in Travel Photography

 

                Berseorang ke Jinshanling dengan menaiki kenderaan awam iaitu bas bagiku agak mencabar juga memandangkan keadaan lokasinya yang agak jauh iaitu hampir 2 jam perjalanan dan juga  keadaan kenderaan awam yang agak kurang serta di tambah pula dengan penduduk tempatan yang kurang berbahasa Inggeris. Bas pertama untuk ke Jinshanling bertolak pada pukul 8.30 pg dari hentian Wanjing iaitu salah satu station Metro di Beijing. Station bas tersebut terletak lebih kurang 150 meter dari station MRT. Aku terlepas pandang juga dengan bas station tersebut walaupun besar tempatnya. Bagaimanapun, saya sempat menaiki bas pertama untuk ke Jinshanling. 

               Perjalanan yang mengambil masa lebih dari 1 1/2 jam untuk tiba ke hentianya. Aku hampir terlepas untuk turun di lokasi hentiannya kerana menjangkakan masih belum tiba. Bas berhenti di satu lokasi yang aku sangkakan hanya sekadar berhenti untuk ke tandas. Setelah aku masuk ke tandas, aku bertanyakan kepada pemandu bas yang langsung tidak faham bahasa Inggeris. Ketika itu terdapat lebih kurang 5 orang penumpang yang mendengar pertanyaan aku "adakah aku telah sampai ke Greatwall Jinshanling". Kesemua penumpang juga tidak faham pertanyaanku. Walaupun aku menyebut perkataan "Great Wall", mereka masih tidak faham.  Akhir sekali aku menunjukkan gambar Great Wall di dalam telefonku, barulah pemandu tersebut menunjukkan satu arah yang mana arah tersebut adalah untuk ke Great Wall. Aku bergegas naik ke bas dan mengambil backpack dan terus turun dari bas. Bas meneruskan perjalanan dan hanya aku seorang sahaja yang turun di situ untuk ke Great Wall. Memang benarlah Winter merupakan low season untuk ke Greatwall. Tiada penduduk tempatan yang berminat untuk ke Great wall pada musim sejuk. 

              Dari hentian tersebut masih ada perjalanan sejauh 5 KM untuk ke Great Wall.  Aku tidak pasti bagaimana untuk aku ke sana memandangkan tiada kelihatan bas atau teksi yang ingin ke sana. Akan aku sambung kisah perjalanan aku ini di masa akan datang. Apa yang ingin aku nyatakan di sini adalah bagiku Great Wall at Jinshanling adalah berbaloi untuk di kunjungi bagi peminat fotografi seperti aku memandangkan lokasinya yang kurang di minati dan mempunyai permandangan yang agak berlainan berbanding dengan Badaling. Apa kelainannya adalah jika kita merakamkan gambar, amat kurang terdapat gambar pengunjung lain yang akan masuk di dalam frame gambar yang kita rakamkan. Itu salah satu yang menyebabkan aku sanggup bersusah payah untuk ke sini. Aku ingin rakamkan foto yang kurang dengan pengunjung. Dan gambar di atas juga agak kurang di lihat di dalam internet kerana kita berada jauh dari lokasi Great Wall. Ia satu kelainan yang aku inginkan. Tidak pasti samada lokasi seperti ini terdapat di Great Wall at Badaling. 

 

 

 

 

Terracotta Army, Xian

Written by mhilmi on . Posted in Travel Photography

Terracotta Army (Terracotta Warrios and Horses) merupakan salah satu tinggalan arkeologi yang agak terkenal di China. Lokasinya adalah di bandaraya Xi'an. Kebanyakkan pelancung tidak melepaskan peluang untuk mengunjunginya. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk mengunjunginya oleh kerana ia merupakan salah satu lokasi yang patut di kungjungi sekiranya kita ke Xi'an. Walaubagaimana pun, bagi yang kurang meminati ilmu sejarah, agak tidak berbaloi untuk mengunjunginya dengan bayaran sebanyak CYN 120 (low season -winter). Begitu juga dengan saya, bukan saya tidak meminati langsung sejarah. Tetapi ini sejarah luar negara yang saya tidak berapa mengetahuinya. Tetapi saya gagahkan diri juga untuk kesini kerana bukan senang untuk sampai ke Xi'an ni.

Oleh kerana saya bergerak secara solo, agak susah untuk mengambil gambar sendiri berlatarbelakangkan kawasan sejarah ini. Ini kerana ia terletak di dalam dewan yang besar di mana, kawasan sejarah ini di terangi dengan lampu dan juga cahaya matahari dari luar manakala kawasan pengunjung agak kurang cahaya. Oleh kerana contras antara kawasan patung-patung ini amat berbeza dengan kawasan pengunjung, susah untuk mensama ratakan kecerahannya. Oleh kerana itu saya agak malas bergambar di dalam ini. Tambahan pula susah untuk letakkan tripod di kawasan yang ramai pengunjungnya. Mengambil gambar-gambar patung-patung sejarah ini juga agak sukar kerana ia terlalu jauh dengan kawasan pengunjung dan saya pula hanya mempunyai lens 35mm bagi mengambil gambar jarak dari jauh.

Saya hanya menghabiskan masa di dalamnya selama lebih kurang satu jam sahaja. Satu oleh kerana kurang berminat mengambil gambar atas sebab sebab di atas, dan keduanya kerana saya mempunyai masa yang suntuk kerana pada awal pagi sebelum tiba di sini, saya telah banyak membuang masa kerana saya tersesat untuk ke bas station yang menghubungkan bandar Xi'an dengan kawasan sejarah ini yang mengambil masa lebih kurang 45 minit jika menaiki bas. Oleh kerana itu, masa selebihnya saya hanya berposing di luar dengan latar belakang ala ala "Winter Sonata". "Winter Sonata" lah Kononnnn... :-)

Mengambil gambar sendiri ala ala Winter Sonata lah kononnya.... :-)

 

Travelog "LANGTANG NEPAL, Menjelajah Hingga Ke Himalaya" oleh Mhilmi Osman

Written by mhilmi on . Posted in Travel Photography

 

Tajuk Buku : LANGTANG NEPAL, Menjelajah Hingga Ke Himalaya

Sinopsis : Buku ini mengisahkan cerita dan pengalaman Mhilmi Osman yang berpeluang mengembara ke negara Nepal. Beliau yang merupakan seorang peminat seni fotografi yang aktif secara separuh masa telah berpeluang bersama lima rakannya mendaki ke salah satu laluan pendakian iaitu Langtang Valley Trek yang terletak di banjaran Himalaya. Susah senang bersama rakan di sepanjang pendakian tersebut telah pun di kongsi bersama di dalam buku ini. Beliau telah melakukan trip ini selama dua minggu bersama rakan-rakan di mana lokasi yang di lawati ialah Kahtmandu, Syabru Bensi, Perkampungan Langtang yang berada di banjaran Himalaya pada ketinggian 4000 meter dan juga Pokhara.

Penulis : Mhilmi Osman

Harga : RM 28.00, RM 30.00 (Sabah/Sarawak)

Harga Termasuk Kos Penghantaran : RM 34.00, RM 39.00 (Sabah/Sarawak)

Size buku : A5

Bilangan Muka Surat : 304 Muka surat ( 229 muka surat hitam putih, 75 muka surat berwarna)

 

Tempahan Melalui : -

1. Email : mhilmieyx@yahoo.com

2. Facebook : www.facebook.com/travelogmieey

3. Facebook : www.facebook.com/mieeyphotography

4. WhatsApp : 019-5694141

 

Pembayaran :

1. Transfer/ Bank In/ Cash Deposit ke Bank Islam.

No Akaun : 02-1050-1002-1528

Nama : Travelog Mieey Enterprise

2. Paypal : mhilmieyx@yahoo.com

  

* Mohon berikan maklumat pembayaran (slip pembayaran/Transfer statement) melalui email, telefon/SMS/WhatsApp agar proses penghantaran boleh di buat.

* Penghantaran akan di buat setiap hari Ahad, Selasa & Khamis (Sabtu jika ada keperluan).

* Di harap dengan pembelian Travelog ini oleh Dato/Datin, Tuan/Puan, Encik/Cik, Saudara/Saudari, adik/abang/kakak dapat memberikan sumber inspirasi kepada saya untuk terus mengembara dan berkongsi pengalaman pengembaraan saya dengan anda semua.

 

 

 

Kembara Solo Beijing ke Alor Setar Melalui Jalan Darat

Written by mhilmi on . Posted in Travel Photography

Pengembaraan solo dari Beijing ke Alor Setar dengan menggunakan keretapi dan bas. 

 

Pengembaraan solo saya bermula pada 20 Dis 2015 dari Beijing dan tiba di Alor Setar pada 6 Jan 2016. Terdapat beberapa laluan jalan darat yg boleh di pilih di antara Beijing hingga ke Tanahair Malaysia. Saya telah memilih laluan dari Beijing - Xi'an - Kunming - Yuanyang - Hekou/Lao Cai Border - Hanoi - Saigon - Moc Bai/Bavet Border - Phnom Penh - Siem Reap - Poipet/Aranyaprathet Border - Bangkok - Hatyai - Padang Besar Border - Alor Setar. 

 

Saya memilih beberapa lokasi untuk saya melakukan sightseeing. Antara lokasi yg di pilih adalah Great Wall (Jinshanling) dan Forbidden City di Beijing, Wall of Xi'an dan Terracotta di Bandar Xi'an, Rice Terrace di Xinjie Town, Yuangyang. Juga beberapa lokasi pelancungan di Vietnam dan Angkor Wat di Cambodia. Tidak banyak aktiviti sight seeing yang boleh dilakukan sepanjang pengembaraan ini kerana kekangan dari segi masa. Saya berjaya menghabiskan laluan jalan darat ini dalam masa 17 hari.

 

1. Beijing ke Xi'an, keretapi biasa (6 berth) Train Number : Z43 - Perjalanan Mengambil masa 12 jam 30 minit.

2. Xi'an ke Kunming, keretapi biasa (4 berth) Train Number : K165 - Perjalanan Mengambil masa 35 jam 30 minit.

3. Kunming ke Xinjie Town (Yuanyang), Bas Express - Perjalanan mengambil masa 8 Jam 30 minit.

4. Xinjie Town (Yuanyang) ke Hekou, Bas mini melalui lereng bukit - Perjalanan mengambil masa 8 Jam 30 minit.

Cross Border to Lao Cai

5. Lao Cai ke Hanoi, Keretapi biasa (Seat) Train Number : SP2 - Perjalanan mengambil masa 8 jam.

6. Hanoi ke Saigon (HCMC), Keretapi biasa (6 berth) Train Number : SE5 - Perjalanan mengambil masa 35 jam.

7. Saigon ke Siem Reap, Bas Express - Perjalanan mengambil masa 13 jam 30 minit. - Cross border Moc bai.

8. Siem Reap ke Bangkok, Minivan - Perjalanan mengambil masa 10 jam - Cross border Poipet (termasuk menunggu minivan selama 2 jam selepas cross border)

9. Bangkok ke Hatyai, Keretapi biasa (seat) - Perjalanan mengambil masa 13 jam 30 minit.

10. Hatyai ke Padang Besar, Bas biasa - Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit.

11. Padang Besar ke Alor Setar, ETS - Perjalanan mengambil masa 1 jam.

12. Station Keretapi Alor Setar ke Rumah, Wife dan anak2 ambil, singgah pekena Steamboot sebelum pulang. :-)

 

Saya berpuas hati dengan pengembaraan solo ini kerana banyak pengalaman yang diperolehi darinya dan segala susah senang sepanjang pengembaraan ini dirasai dan dilalui oleh saya seorang diri. Ia memberi kesan yang mendalam dan kepuasan diri dalam aktiviti travel yang merupakan salah satu hobi atau kegemaran yang saya lakukan secara separuh masa.

 

Suasana sebelah kanan Forbidden City Beijing

Forbidden City Beijing (permandangan dari luar)

Di Great Wall at Jinshanling, Beijing

Salah satu hentian antara Beijing dan Xian

Tiba di Station keretapi Xi'an

Muslim Street di Xi'an

City of Wall Xi'an

Satey Kambing di Muslim Street Xi'an

Terracotta, Xi'an

Di Great Mosque Xi'an

Permandangan dari dalam keretapi sebelum tiba Kunming

Duoyishu Village, Xinjie Yuanyang

Rice Terrace di Duoyishu Village, Xinjie

Bas yang akan dinaik dari Xinjie Town ke Hekou (8-9 jam perjalanan termasuk perjalanan di lereng bukit)

Di Station Keretapi Hanoi

Salah satu hentian keretapi antara Hanoi dan Saigon

Di dalam keretapi sebelum tiba di Saigon

War Museum di Saigon

Saigon Post Office

Hentian bas di Phnom Penh

Angkor Wat Cambodia

Sempadan Poipet sebelum memasuki Thailand

Depan surau di Station Keretapi Bangkok. Surau ni baru buat dengan interior dalaman moden. Awal tahun 2015 semasa saya di sini belum ada lagi

Station Keretapi Bangkok

Bas dari Hatyai ke Padang Besar. Apabila tiba di Sadao, hanya tinggal saya seorang sahaja yang meneruskan perjalanan ke Padang Besar

Di Station Keretapi Padang Besar. (First time naik ETS)

Isteri dan anak-anak datang ambil di station keretapi. Rindu tak terhingga kepada keluarga. (Speed up perjalanan, so dapat sampai awal sehari dari perancangan asal)