• This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Travel Photography

Suka mengambil gambar dan mendapatkan  pengalaman ketika mengembara di tempat orang.

Wedding Photography

Merakamkan momen sepanjang perjalanan majlis perkahwinan.

Aerial Photography

Memberikan service merakam gambar dan video dari atas menggunakan drone.

Family Potraiture

Suka merakam gambar keluarga
dan anak-anak bila ada
masa terluang

Aerial View Collection

Koleksi Aerial View yang pernah di rakamkan.

Take a quick tour

 

 

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

 

 

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

 At Thamel Town | Shot using Panasonic GF1

 

     Memandangkan Nepal merupakan platform trekkers dan hikers untuk memulakan pengembaraan mereka di Banjaran Himalaya, Thamel menjadi salah sebuah lokasi di Kathmandu yang merupakan lokasi terbaik untuk mencari dan membuat perserdian menawan Banjaran Himalaya. Di sini terdapat pelabagai peralatan mendaki gunung dari A hinggalah Z.

     Disebabkan persaingan yang tinggi disini, harga barang2 pendakian ini amat2lah berpatutan. Selang sebuah kedai akan terdapat kedai peralatan pendakian. Begitu juga dengan Money Changer yang banyak terdapat di persekitaran pekan Thamel ini. Dengan mudah anda boleh membuat pertukaran duit disini. Duit Malaysia (RM ) juga di terima disini untuk dibuat pertukaran ke mata wang Nepal Rupee. Anda tidak perlu risau untuk mendapatkan pertukaran mata wang disini memandangkan stock matawang Nepal Rupee boleh dikatakan tiada langsung di Malaysia. Anda hanya perlu menukarkan sedikit mata wang dolar untuk tambang teksi anda dari airport sehinggalah kesini. Disini anda boleh membuat pertukaran wang RM Malaysia tersebut.

   Oleh kerana agak terdesak untuk mendapatkan matawang Nepal Rupee di Malaysia, apa yang telah saya buat ketika datang kesini, adalah dengan menukarkan matawang Malaysia ke Dollar US, dan apabila tiba disini, menukarkan Dollar US kepada Nepal Rupee. Di sini kita akan kerugian dua kali kerana membuat pertukaran matawang sebanyak dua kali. Maklumlah, tidak tahu bagaimana situasi di sini. Dari pengalaman ini, anda boleh mengikut seperti cadangan saya di atas tadi.

      Sebelum tiba di Kathmandu, saya yang telah pun membuat persedian dengan menyediakan 2 helai baju sejuk. Oleh kerana rambang mata dengan harga di sini yang amat-amat berpatutan, saya membeli sehelai lagi down jacket sebagai keperluan trekking dan juga sebagai kenangan berada disini. Saya mencadangkan kepada sesiapa yang ingin datang kesini, tidak perlu membawa baju sejuk. Hanya datang kesini dengan memakai beberapa lapis baju untuk keperluan dari airport ke hotel, dan kemudian boleh shopping disini untuk baju sejuk. Amat bebaloi. Apa yang saya cadangkan ini adalah sekiranya anda akan berada di Thamel. Saya tidak pasti pula di tempat2 lain. Tapi rasanya sepanjang saya berada di Kathmandu, amat mudah anda mencari kedai-kedai yang menjual pakaian winter memandangkan cuaca disini agak sejuk walaupun belum winter lagi seperti yang saya alami dimana bukannya musim winter.

 

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

 

 

 

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

 

 

 

 

 

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Feel Free to Contact Me

 If you have any further questions, please don't hesitate to contact me. 

Whatapps
  • 32, Alor Setar, 05050. Malaysia
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Whatsapps