• Langtang-Promo1.jpg
  • Slider3.jpg
  • Slider9.jpg
  • Slider6.jpg
  • Slider8.jpg
  • Slider5.jpg
  • Langtang-Promo2.jpg
  • Slider.jpg
  • Slider1.jpg
  • Slider4.jpg
  • Slider7.jpg
  • slider12.jpg
  • Slider10.jpg
Saturday, September 22, 2018

Buku Travelog : LANGTANG NEPAL, Menjelajah Hingga Ke Himalaya

Sinopsis : Buku ini berkisar tentang pengalaman MHilmi Osman yang minat mengembara tetapi menempuhi pengalaman pertama mendaki di banjaran Himalaya. Beliau sering mengembara ke dunia luar, tetapi kali ini melalui cabaran pertama mendaki di luar negara walau pun telah menjangkau umur lebih 30-an. Bagi yang pertama kali mendaki di pergunungan tentulah ia sesuatu yang sukar dan perit untuk dilalui.

Perkongsian pengalaman ini adalah bersama 5 rakannya di mana ada yang berpengalaman mendaki dan ada yang tiada pengalaman. Banyak kisah menarik, perik dan sukar serta gembira di kongsikan di dalam buku ini. Bagaimanapun, setelah berjaya mengharungi pengalaman mendaki ini, semua pengalaman yang dialami kini merupakan kenangan manis bagi beliau.

‪#‎langtangnepal‬ ‪#‎langtang‬ ‪#‎nepal‬ ‪#‎trekking‬ ‪#‎himalaya‬ ‪#‎travel‬‪#‎backpackers‬ ‪#‎backpackerstory‬ ‪#‎travelog‬ ‪#‎travelogmieey‬‪#‎mieeyphotography‬ ‪#‎book‬ ‪#‎buku‬

 ‪#‎instagood‬ ‪#‎folllow‬ ‪#‎like‬ ‪#‎photooftheday‬‪#‎followme‬ ‪#‎tagsforlikes‬ ‪#‎happy‬ ‪#‎beautiful‬ ‪#‎picoftheday‬ ‪#‎instadaily‬ ‪#‎iger‬‪#‎friends‬ ‪#‎love‬ ‪#‎tbt‬ ‪#‎fun‬ ‪#‎smile‬ ‪#‎selfie‬

Harga : RM 28.00 (Semenanjung)/RM 30.00 (Sabah/Sarawak)
Harga Termasuk Kos Penghantaran : 
RM 34.00 (Semenanjung), RM 39.00 (Sabah/Sarawak)
Bilangan Muka Surat : 304 Muka surat ( 229 muka surat hitam putih, 75 muka surat berwarna)

Tempahan Melalui : -
1. Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
2. Facebook : www.facebook.com/travelogmieey
3. Facebook : www.facebook.com/mieeyphotography
4. WhatsApp : 019-5694141
5. COD : Alor Setar dan sekitarnya

Pembayaran :
1. Transfer/ Bank In/ Cash Deposit.
A. Bank Islam. 
No Akaun : 02-1050-1002-1528 
Nama : Travelog Mieey Enterprise

B. Maybank Berhad. 
No Akaun : 5521-7005-9514 
Nama : Mohamad Hilmi Osman

* Mohon berikan maklumat pembayaran (slip pembayaran/Transfer statement) melalui email, telefon/SMS/WhatsApp agar proses penghantaran boleh di buat.

*Di harap dengan pembelian Travelog ini dapat memberikan sumber inspirasi kepada saya untuk terus mengembara dan berkongsi pengalaman pengembaraan saya dengan anda semua.

Terima Kasih 
Assalamualaikum

Regards,
Mhilmi Osman

 

 

MENIMBA IKAN. Para petani pastinya sudah biasa dengan aktiviti menimba ikan. Tidak pasti pula saya apakah yang dipanggil oleh negeri lain. Tetapi saya yang berasal dari Perak memanggilnya "Menimba Ikan". Kedah juga sama rasanya panggilannya. Aktiviti menimba ikan ini dilakukan selepas musim menuai dan di mana air diseluruh bendang atau sawah padi telah kering. Sewaktu kecil dulu saya dapat merasakan beberapa kali aktiviti menimba ikan ini. Sewaktu itu, kolam yang berada di kawasan bendang atau sawah akan ditimba airnya secara manual sehinggalah kolam tersebut hampir kering atau pun hanya tinggal sedikit air yang telah menjadi selut bercampur aduk dengan tanah sawah. Setelah di timba air tersebut, maka ikan-ikan terutamanya ikan haruan, sepat, puyu dan keli kurang kawasan untuk berenang atau sukar untuk berenang kerana keadaan  yang beselut. Maka, seluruh keluarga akan turun ke dalam kolam tersebut dan menangkap atau mengutip ikan-ikan tersebut dengan tangan atau pun menggunakan jaring. Hasil tangkapan tersebut amatlah banyak sehinggakan tidak mampu untuk menyiangnya ikan-ikan tersebut. Makan ikan-ikan tersebut akan di letakkan di dalam tempayan yang berisi air dan hasil ikan tersebut boleh di ambil bila-bila masa sahaja yang diperlukan. Atau pun jua, sebahagian dari ikan tersebut akan di buat pekasam. 

Pada kali ini, saya berkesempatan dan berpeluang memberikan pengalaman menimba tersebut kepada anak ketiga saya iaitu Saqif. Beliau sendiri juga amat teruja untuk bersama melakukan aktiviti tersebut. Tidak sempat-sempat untuk beliau turun ke dalam kolam tersebut yang dipunyai oleh keluarga rakan saya. Cuma kali ini dilihat, kolam tersebut tidak dikeringkan secara manual tetapi menggunakan pam air untuk mengurangkan air di dalam kolam tersebut. Lebih mudah sedikit dan lebih cepat. Kalau dulu, aktiviti ini dilakukan seawal jam 7 pagi kerana proses mengeringkan secara manual akan mengambil masa yang agak lama. Saya cuba untuk memberikan pengalaman ini kepada anak saya kerana saya sendiri dulu pernah merasainya. Walaupun kanak-kanak zaman sekarang antibody nya agak lemah sefahaman saya berbanding dengan kanak-kanak duhulu, termasuk anak saya sendiri. Kena hujan sedikit atau panas sedikit boleh menyebabkan demam atau selsema. Tapi, saya cuba sebaik mungkin memberikan pengalaman ini kepada anak saya dengan pemantauan saya sendiri. Di harap pengalaman ini memberi sedikit sebanyak erti kehidupan dan juga sedikit ilmu yang manfaat kepada beliau. 

 

 

 

Papan tanda "Teriberka" dalam bahasa Russia sebelum tiba di perkampungan Teriberka

 

"Teriberka", merupakan satu perkataan asing buat saya sebelum saya mengembara ke negara Russia. Teriberka merupakan salah satu lokasi pelancungan di Russia yang terpencil bagi penggemar-penggemar 'Northern Light" atau pun 'Aurora'. Saya tidak pernah terfikir dan Teriberka ini tidak pernah menjadi "bucket list" untuk saya pergi mengembara. Perancangan asal saya adalah untuk mendapat mengalaman melalui laluan keretapi terpanjang di dunia iaitu "Transiberian" dan juga tasik beku yang unik iaitu "Lake Baikal". 

Rakan kembara saya Kiet yang memberikan cadangan untuk ke Murmansk iaitu salah satu bandaraya di utara Russia bagi melihat fenomena Aurora. Saya sebenarnya kurang berminat dengan fenomena aurora ini dan ia bukanlah merupakan 'WishList' utama saya. Rakan kembara benar-benar ingin melihat fenomena aurora. Bagi saya, jika kembara ini diselitkan dengan aktiviti mengejar aurora ini, pastinya memerlukan waktu tambahan sekurang-kurangnya 5 hari termasuk perjalanan pergi dan balik ke Murmansk. Saya yang begitu mempunyai kekangan masa mengembara sebolehnya tidak mahu memperuntukkan masa untuk aurora ini walaupun ini merupakan pertama dan mungkin terakhir saya ke Russia. Dalam kira-kira untuk membuat keputusan samada untuk ke Murmansk ini, saya membuat sedikit 'research' tentang aurora di Russia ini. Dari situ saya menjumpai salah satu daripada 7 lokasi aurora di Russia iaitu "Teriberka". Ia merupakan lokasi terhampir dengan Bandaraya Moscow. Kita boleh ke Murmansk dari Moscow dengan menaiki kereta api yang mengambil masa hanya 19 jam sahaja.

https://www.rbth.com/travel/326730-best-places-northern-lights-russia

Setelah meneliti dengan lebih lanjut, saya mendapati lokasi Teriberka yang terpencil ini agak unik terutama dari segi lokasi dan bagaimana untuk sampai ke sana.  Ia melalui kawasan tundra sejauh 120 km dari bandar Murmansk yang amat kurang berpenduduk. Laluan kawasan terpencil yang hanya diseliputi dengan salji ini yang merupakan salah satu sebab utama saya mula berminat untuk ke sini dan juga kerana kawasan Teriberka yang terpencil di utara Russia yang mengadap Barents Sea. Saya mula berminat untuk ke sini bagi merasai bagaimana perjalanan yang agak 'adventure' untuk ke sini dan juga bagaimana merasai antara kawasan yang sejuk di Russia. Suhu terendah yang sempat dirasai di sini adalah -23 darjah celcius.

Mengikut pembacaan saya, Teriberka mula sedikit terkenal setelah salah satu filem yang bertajuk 'Leviathan' arahan Andrey Zvyagintsev yang dikeluarkan pada tahun 2014. Saya juga tertarik dengan salah satu blog yang memuatkan gambar salah satu sekolah di sini yang telah ditinggalkan (abandoned school at Teriberka). Dari sinilah saya mula membuat perancangan dan cuba untuk mencari masa dan sesuaikan dengan kembara Russia kali ini. Alhamdulillah dari situ dapat disesuaikan masa dengan terpaksa mengorbankan perkara-perkara yang kurang penting sepanjang kembara ini.

Abandoned school of Teriberka, Kola Peninsula

http://russiatrek.org/blog/photos/abandoned-school-of-teriberka-kola-peninsula/ 

 

Perjalanan dari Murmansk ke Teriberka mengambil masa 2 1/2 jam memandangkan perjalanan dilaluan yang agak licin dan berangin. Kenderaan tidak boleh dipandu terlalu laju bagi mengelakkan terbabas di pinggir jalan. Perjalanan pergi kami menggunakan kereta yang ditempah menggunakan apps Yandex. Ini kerana kami tiba seawal 4 pagi di Murmansk dan bas ke Teriberka hanya bertolak pada pukul 6 petangnya. Mengikut research saya, bas memang akan bertolak waktu petang dan kembali ke Murmansk pada awal pagi. Hanya perjalanan balik kami menggunakan bas. Kami bernasib baik kerana pemandu kereta tersebut sudi menerima tempahan kami seawal 5.30 pagi walaupun bayaran 2400 RUB (RM170) itu agak tidak begitu menguntungkan kerana perjalanan selama 2 1/2 jam yang melalui kawasan berisiko kenderaan rosak di tengah jalan dan terpaksa pulang ke Murmansk tanpa penumpang memandangkan tidak ramai yang melakukan perjalanan ini. Sepanjang perjalanan juga dapat dilihat kereta-kereta yang tersadai di tepi jalan yang ditinggalkan begitu sahaja. Bagaimanapun Alhamduilillah saya telah berpeluang ke sini dan mengalami sendiri pengalaman perjalanan ke Teriberka dan tinggal beberapa hari di sana. Insya Allah saya akan sambung lagi kisah pengembaraan saya di Russia ini di masa akan datang.

 

Perjalanan awal pagi ke Teriberka disambut dengan matahari terbit yang begitu memukau mata memandang.

Pemandangan 'sunrise' yang begitu mempersonakan.

Sebahagian dari permandangan Teriberka dari atas bukit.

Menikmati permandangan pagi di Teriberka

Antara rumah yang ditinggalkan

Permandangan dari atas jambatan yang menghubungkan Teriberka

Sekolah yang ditutup pada tahun 2005

Mencari pemilik sebenar kereta yang ditinggalkan ini.

Ini adalah guesthouse kami tinggal..... gurau je...

Suhu terendah yang kami dapat rasai di sini adalah -23.

 

 

KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MEMESAN BUKU TRAVELOG "LANGTANG NEPAL" ......