Salah satu tarikan pelancung yang terdapat di Kashmir, India adalah lah menikmati keindahan permandangan Dal Lake dengan menaiki Shikara. Shikara adalah sejenis bot yang dibuat daripada kayu yang banyak terdapat di Dal Lake, Kashmir India. Terdapat pelbagai size Shikara yang mana selain di gunakan sebagai aktiviti membawa pelancung di Dal Lake, ia juga digunakan sebagai kenderaan penduduk di Srinagar di mana penduduk Srinagar yang tinggal kawasan Dal Lake menggunakannya untuk pergi ke kawasan pekan Srinagar.
Sesebuah Shikara boleh memuatkan seramai 5-7 orang. Shikara yang digunakan untuk tujuan pelancung pula telah di buat modifikasi bagi keselesaan pelancung. Shikara juga digunakan untuk tujuan memancing, memungut sayuran tasik seperti teratai dan juga kegunaan penduduk perkampungan terapung. 
Shikara semakin popular di dalam aktiviti pelancungan dimana ia membawa pelancung menyusuri tasik terkemuka seperti Dal Lake, Anchar Lake dan Nageen Lake. Poskad yang popular juga di letakkan gambar Shikara yang dipenuhi dengan bunga-bunga yang akan dijual kepada pelancung. 



Story by Mhilmi Osman
www.mieeyphotography.com
www.facebook.com/mieeyphotography