Photo by Mohammad Hanafi | Kembara Fotografi India 2014

          "Sangat Teruja" dan terasa bagaikan mimpi berada di kawasan yang di penuhi dengan salji, adalah perasanku apabila tiba di kawasan perkampungan yang liputi dengan salji. Ia mungkin biasa bagi sesetengah penduduk tropika yang telah biasa dengan suasana bersalji, Terutamanya pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di negara empat musim. Tapi bagi ku ia adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Tambahan pula niatku bersama kawanku Mohammad Hanafi untuk mengunjungi Kashmir, India telah dirancang lebih setahun lalu. Amat sukar bagiku untuk merancang perjalanan ini memandangkan ia memerlukan peruntukan kewangan dan juga peruntukan masa untuk peruntukan cuti serta masa yang bagiku agak lama untuk meniggalkan keluarga tersayang.

            Ia merupakan pengalaman beharga yang tidak dapat dilupakan memandangkan Malaysia negara tropika tidak mempunyai empat musim. Sonamarg teletak lebih kurang 80KM dari bandar Srinagar.  Ia mengambil masa perjalanan dengan kereta selama lebih kurang 2 1/2 Jam memandang keadaan jalan rayanya bukanlah seperti highway di Malaysia. Sonamarg merupakan kawasan perkampungan yang mana ia terletak di lereng bukit yang amat indah permandangannya terutama ketika musim sejuk dimana ia diliputi salji yang sangat indah permandangannya. 

              Untuk ke kawasan alur sungai yang dikatakan kawasan glasier, para pelancung boleh berjalan kaki melalui kawasan perkampungan sejauh lebih kurang 3 KM dari jalan utama. Pelancung juga boleh memilih untuk menaiki Kuda yang banyak di sediakan oleh penduduk kampung. Dalam membuat tawaran harga untuk menaiki seekor kuda, kebiasaannya pemilik kuda akan menawarkan harga sebanyak INR1500 ke INR2000 untuk menunggang seekor kuda. Harga yang berpatutan adalah antara INR500 ke INR800 bagi menunggang seekor kuda. Pemilik kuda kebiasaannya menawarkan harga 2 kali ganda. Terpulang kepada kebijaksanaan kita untuk menawarkannya.

                Trip kali ini kami telah membuat keputusan untuk merasai pengalaman menaiki kuda di kawasan salji ini. Bagaimana pun, bagi photographer, di galakan untuk berjalan kaki sahaja kerana banyak peluang mengambil gambar suasana perkampungan bersalji ini sepajang perjalanan. 3 KM tidak akan terasa kerana pengalaman yang tidak akan didapati di Malaysia ini akan melekakan anda walaupun berjalan kaki dengan jarak yang jauh.  Saya juga akhirnya mengambil keputusan untuk berjalan kaki bagi perjalanan pulang ke jalan utama untuk menikmati suasana perkampungan ini dan juga ingin mengambil gambar suasana tersebut.

Keindahan suasana bersalji yang sungguh indah untuk dirakamkan 

Photo by Mohammad Hanafi | Kembara Fotografi India 2014

 

Penduduk kampung yang melakukan aktiviti masing-masing

 

Kanak-kanak penduduk kampung di Sonamarg, Kashmir

 

Pelancung yang mengambil kesempatan menunggang kuda di sini