Ini adalah permadangan sebuah perkampung di Kashmir. Bagi penduduk di sini, ia adalah permandangan biasa sahaja. Bagi kita yang tinggal di kawasan tropika, ia merupakan permandangan yang indah tambahan pula ia diliputi dengan salji. Suatu permandangan yang jarang dapat kita lihat. Bagi sesetengah orang, mungkin permandangan ini tiada nilainya. Bagi kita yang pertama kalinya merasai suasana musim sejuk (winter), ia adalah suatu pengalaman yang indah dan tak dapat dilupakan.

Permandangan ini telah di ambil di sebuah perkampungan yang terletak di antara Kangan dan Sonamarg, Kashmir.  Saya tidak pasti nama perkampungan ini kerana saya mengambil gambar ini ketika berhenti hanya selama 5 minit semasa perjalanan pulang dari Sonamarg ke Srinagar. Bagi peminat photography, suatu kepuasan apabila dapat merakamkan gambar sebegini dengan suasana perkampungan yang berada di kawasan bersalji. Bagi saya, lebih indah lagi sekiranya saya dapat menghabiskan masa 2 atau 3 jam di sini dan berjumpa dan beramah mesra dengan penduduk di sini. Saya berhasrat sekiranya di beri peluang lagi untuk sampai ke srinagar, saya akan lebih banyak menghabiskan masa di perkampungan perkampungan di Kashmir ini. Penduduknya yang sangat mesra dan mengalu alukan kedatangan pelacung asing ke tempat mereka.

 

Story by Mhilmi Osman, Kashmir, India

www.mieeyphotography.com

~~ Destination Wedding Photographer ~~