• This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Photo by Mohd Nazri with my Nikon D700 + 50mm f/1.4

     Menunggang kuda di Langtang Valley Trek. Ia merupakan salah satu aktiviti yang boleh di cuba sekiranya anda merancang untuk trekking di Langtang National Park (Langtang Valley Trek). Bagi pendapat saya, ia sesuatu yang wajib di lakukan kerana menunggang kuda (dengan bantuan tuan punya kuda) memberikan satu pengalaman yang agak menakjubkan memandangkan suasana bergunung ganang, kedinginan di tempat tinggi disamping boleh menghilangkan kepenatan ber"trekking". Suatu kenangan manis yang tak dapat dilupakan lebih-lebih lagi anda berpeluang bergambar ketika menunggang kuda tersebut dengan berlatar belakangkan Banjaran Himalaya. 

 

    Terus terang dikatakan, saya tidak pernah terfikir untuk berkuda di Langtang ini memandangkan fikiran saya hanya lah untuk merasai pengalaman bertrekking. Memandangkan dengan keadaan yang agak kepenatan disamping di tawarkan ( dengan bayaran lebih kurang RM50 untuk perjalanan 1 jam ) untuk berkuda oleh penduduk setempat itu, saya dan rakan saya Mohd Shukur mengambil keputusan untuk menunggang kuda. Keputusan ini juga diambil memandangkan kami ingin meluangkan masa lebih lama di Langtang Village. Dengan berkuda, kami akan dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk turun pulang ke Guest House kami yang terletak 1 1/2 perjalanan trekking. Ketika itu juga kami hanya berdua di kawasan tersebut, memandangkan 2 rakan kami iaitu saudara Wazari dan Ahmad Shukri telah pun naik lebih ke depan untuk menuju ke Kyanjin Gompa. Manakala 2 lagi rakan kami iaitu saudara Wan Johan dan Fuad berada dibelakang (dibawah) yang pada ketika ini kami menganggap mereka telah turun lebih kebawah akibat dari tidak mampu untuk terus naik (yang telah diputuskan malam sebelumnya). 

 

   Bila difikirkan balik, rasa beruntung membuat keputusan untuk cuba menunggang kuda di Lantang Valley, memandangkan pengalaman ini amat indah bila dikenang kembali. Ketika kami baru ingin bermula menunggang kuda, kami terserempak dengan 2 rakan kami yang sepatutnya turun terus kebawah, tetapi akhirnya mereka mengubah fikiran untuk terus naik dari Thiyang Shap ke Langtang Village dengan menunggan kuda dan turun kembali juga dengan menunggang kuda. Lagi hebat mereka berdua.

 

    Walau pun sekiranya anda merancang untuk trekking sahaja di kawasan ini, saya sarankan, anda kena mencuba juga menunggang kuda disini. Amat berbaloi. Saya tidak pernah menuggang kuda dimana-mana sebelum ini, tetapi kini saya mempunyai pengalaman berkuda di kawasan yang sememangnya amat sesuai berkuda iaitu di Langtang Village. Anda boleh bertanya kepada rakan saya Ahmad Shukri yang tidak berpeluang berkuda ketika itu, sehingga sekarang, berkali-kali disebutnya perasaan yang menyesali tidak cuba untuk menunggang kuda disana. Sabar Ahmad Shukri, nanti kita pergi lagi, bukan sahaja berkuda, Yak pun kita try naik juga.

    Selamat Berkuda di Langtang Valley Trek. 

 

Pengalaman berkuda di Langtang Valley amat meyeronokan

 

     Bermula dari Ghora Tabela, Thiyang Shap, Lantang Village dan seterusnya ke Kyanjin Gompa, boleh kelihatan banyak ternakan seperti Kuda, Lembu, Keldai, Kambing dan Yak. Ini kerana kawasan tinggi ni telah mula diliputi rumput dan pokok-pokok renek memandangkan kesesuaian tumbuhan tersebut dikawasan yang tingginya lebih dari 3000 meter dari paras laut. Kesesuaian ternakan ini juga adalah kerana di sini, kadar ketinggian gunung ganang nya adalah lebih rendah, banyak kawasan mendatar. Oleh sebab itu ramai penduduk disini yang memiliki kuda sebagai salah satu kenderaan kerana kesesuai untuk menunggang di sini.

     Dikawasan ini juga banyak ternakan Yak, dimana terdapat aktiviti proses membuat keju dari susu Yak. Disini amat mudah untuk kita berjumpa dengan kuda, lembu dan Yak yang berada di tepi-tepi denai laluan penduduk disini. Haiwan-haiwan ini juga amat jinak dan mudah untuk kita dekati. Bagaimana pun, sedikit perasaan takut ketika terserempak dengan Lembu yang tanduknya agak gerun juga apabila dilihat. Jadi, anda harus berhati-hati.

 

Salah seorang penduduk tempatan yang menunggang kuda

 

Lelaki ini sedang membawa kudanya

 

Pemilik kuda ini merupakan pemilik Guest House di Ghora Tabela ( 1 1/2 jam turun dari Langtang Village )

 

 

 Remaja ini merupakan pemilik kuda yang saya tunggangi

 

Rakan saya Fuad dan Wan yang akhirnya bertukar fikiran untuk naik ke atas dengan menunggang kuda

 

Kuda-kuda disini amat jinak untuk didekati

 

 Kawasan Langtang Village

 

 

Feel Free to Contact Me

 If you have any further questions, please don't hesitate to contact me. 

Whatapps
  • 32, Alor Setar, 05050. Malaysia
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Whatsapps