• This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

All Right Reserved Mhilmi Osman | Mohammad Hanafi tidak langsung melepaskan peluang merakam wajah-wajah penduduk kampung

"Travel" merupakan pergerakan seseorang dari sesuatu lokasi ke sesuatu lokasi yang lain. "Travel" boleh dilakukan dengan berjalan kaki, basikal, motorkar, keretapi, boat atau juga kapal terbang. Ia boleh dilakukan samada dengan membawa barangan persendirian (luggage) atau tidak. "Travel" juga boleh melibatkan samada menginap di sesuatu tempat tersebut atau tidak.

Terdapat berbagai sebab atau keinginan seseorang itu "Travel" atau melancung. Samada kerana ingin melihat kecantikan sesuatu tempat,  keinginan mengetahui sejarah sesuatu tempat, keinginan mendapatkan pengalaman berada di sesuatu tempat dan lain-lain lagi.

Bagi sesetengah individu pula, terutama peminat fotografi kemungkinan besar keinginannya "Travel" adalah untuk merakamkan pengalamannya sepanjang beliau "travel" atau bagi yang minat terhadap cabang "human interest" dalam fotografi, semestinya minatnya adalah untuk merakam suasana atau juga merakam wajah wajah penduduk tempatan di tempat beliau "travel". Begitu juga dengan saya dan rakan saya Mohammad Hanafi serta beberapa rakan-rakan photographer saya yang lain.

Semasa saya dan rakan berada di Kashmir India, kami berpeluang untuk bertemu dengan penduduk kampung di salah buah kampung yang terletak di Kokernag, Kashmir India yang terletak 83KM dari bandar Srinagar. Daripada Srinagar, kita akan melalui Anantnag yang terletek hanya 27KM sebelum Kokernag. 

Bagi pelancung, Kokernag bukanlah destinasi yang baik untuk di kunjungi. Ia hanya sebuah pekan kecil yang hanya terdapat sebuah taman rekriasi kecil yang juga menarik ketika ia diliputi salji.  Pelancung dikenakan bayaran INR10 untuk memasuki taman rekreasi tersebut. 

Memperlihatkan gambar diatas, ternyata kami mempunyai minat yang tinggi untuk merakamkan wajah-wajah penduduk tempatan.  Suatu kepuasan sekiranya dapat merakam wajah mereka yang pastinya berbeza dengan wajah tempatan kita. Pastinya tidak akan melepaskan peluang sekiranya telah mendapat "signal" tanda setuju dari penduduk tempatan untuk dirakamkan wajah mereka. Momen-momen dan situasi sebegini yang amat diminati untuk dirakam bagi penggemar fotografi dalam cabang "Human Interest"

Bagi yang kurang minatnya dengan cabang ini, pastinya bukan sesuatu yang seronok keadaannya berada di kawasan kampung yang tentunya jauh bezanya dengan kawasan kampung di negara kita. Bagaimana pun, itu semua bergantung kepada minat dan hobi masing-masing.

All Right Reserved Mhilmi Osman 

All Right Reserved Mhilmi Osman 

All Right Reserved Mhilmi Osman 

All Right Reserved Mhilmi Osman 

All Right Reserved Mhilmi Osman | Photo by Mohammad Hanafi

Ini adalah permadangan sebuah perkampung di Kashmir. Bagi penduduk di sini, ia adalah permandangan biasa sahaja. Bagi kita yang tinggal di kawasan tropika, ia merupakan permandangan yang indah tambahan pula ia diliputi dengan salji. Suatu permandangan yang jarang dapat kita lihat. Bagi sesetengah orang, mungkin permandangan ini tiada nilainya. Bagi kita yang pertama kalinya merasai suasana musim sejuk (winter), ia adalah suatu pengalaman yang indah dan tak dapat dilupakan.

Permandangan ini telah di ambil di sebuah perkampungan yang terletak di antara Kangan dan Sonamarg, Kashmir.  Saya tidak pasti nama perkampungan ini kerana saya mengambil gambar ini ketika berhenti hanya selama 5 minit semasa perjalanan pulang dari Sonamarg ke Srinagar. Bagi peminat photography, suatu kepuasan apabila dapat merakamkan gambar sebegini dengan suasana perkampungan yang berada di kawasan bersalji. Bagi saya, lebih indah lagi sekiranya saya dapat menghabiskan masa 2 atau 3 jam di sini dan berjumpa dan beramah mesra dengan penduduk di sini. Saya berhasrat sekiranya di beri peluang lagi untuk sampai ke srinagar, saya akan lebih banyak menghabiskan masa di perkampungan perkampungan di Kashmir ini. Penduduknya yang sangat mesra dan mengalu alukan kedatangan pelacung asing ke tempat mereka.

 

Story by Mhilmi Osman, Kashmir, India

www.mieeyphotography.com

~~ Destination Wedding Photographer ~~

 

Feel Free to Contact Me

 If you have any further questions, please don't hesitate to contact me. 

Whatapps
  • 32, Alor Setar, 05050. Malaysia
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Whatsapps