MOSCOW, RUSSIA, Tidak pernah saya termimpi untuk menjejakkan kaki disini memandangkan Negara Russia boleh dikatakan negara yang agak asing dan bukanlah menjadi pilih utama bagi para pelancung suatu masa dahulu. Perjalanan saya dari Kuala Lumpur ke bandar Moscow Russia menggunakan Thai Airways dimana penerbangan ke sana transit di Bangkok Thailand selama 2 jam. Perjalanan berjalan lancar walaupun terdapat sedikit permasalahan semasa ingin memasuki ke dalam pesawat kerana pegawai dari Thailand yang menjaga pintu masuk tidak memahami perincian pada visa Russia yang terdapat pada passport saya. Ia mengambil sedikit masa untuk mereka memahami dan mengesahkan kemasukkan saya ke dalam pesawat ke Moscow.

Tidak sah jika ke Moscow sekiranya kita tidak melawat kawasan pentadbiran Moscow Iaitu Kremlin dengan bangunan Red Square sebangai mercu tanda bandar Moscow. Keadaan suhu mencecah negatif 20 darjah celsius tidak menghalang saya ke sini dan bergambar sebangai kenangan berada di Negara Russia ini. Jika terasa terlalu sejuk dan tidak tahan, saya masuk ke salah sebuah pusat membeli belah berhampiran bagi memanaskan badan.

 

 Bergambar di depan Red Square Moscow, Russia

 

Salah satu kawasan yang berhampiran dengan Kremlin, Moscow Russia

 

 Kesejukan yang tidak tertahan berada di bumi Russia ini.

 

Sempat solat Jumaat di Masjid Jami' Moscow yang merupakan masjid terbesar di bandar Moscow yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Russia

 

Kawalan agak ketat disekitar masjid ini, beg di periksa sebelum memasuki kawasan masjid ini. pengunjung di arahkan beredar dari kawasan ini setetelah selesai solat Jumaat, tidak dibernarkan lepak terlalu lama disini