Terracotta Xi'an | Adakah perlu anda mengunjunginya ?

Written by mhilmi on .

 

 

 

Terracotta Warriors and Horses Museum (Terracotta), Xi'an China merupakan salah satu kawasan sejarah di Xi'an china yang begitu terkenal sekali. Ia merupakan salah satu mercu tanda bagi Xi'an. Banyak kisah sejarah yang telah diperolehi dengan penemuan kawasan ini. Bagi industri pelancongan, kawasan ini merupakan salah satu tarikan utama jika kita mengunjungi Kota Xi'an. Salah satu kawasan yang wajib kita lawati jika kita melawati Xi'an.

Jadi, adakah anda betul-betul perlu mengunjungi kawasan ini sekiranya anda ke Xian. Persoalan ini perlu di ambil kira andainya anda mengembara ke Xi'an secara backpackers dengan peruntukan (budget) kewangan yang begitu terhad. Saya telah berpeluang mengunjugi kawasan sejarah ini ketika saya melakukan pengembaraan secara solo saya dari Beijing ke Alor Setar di hujung tahun 2015 sehingga melakau masuk awal tahun 2016 yang lalu.

Untuk memasuki kawasan ini dan seterusnya ke dalam dewan yang penuh dengan ukiran batu bala tentera china ini, bayaran yang dikenakan adalah sebanyak 120 Yuan iaitu lebih kurang RM75 (rate oct 2016). Itu adalah bayaran ketika low season iaitu musim sejuk. Bagi bayaran bukan pada low season 150 Yuan di kenakan untuk memasukinya.

Setelah memasuki pintu masuk kawasan ini, anda akan di tawarkan dengan pemandu pelancung dan juga tawaran untuk naik kereta buggy untuk ke dewan utamanya kerana ia terletak sejauh 15 minit berjalan kaki. Saya tidak pasti berapa jauh. Sudah tentu bayaran akan di kenakan untuk kedua-dua perkhidmatan tersebut. Anda boleh memilih untuk berjalan kaki kerana perjalanannya adalah melalui kawasan taman yang di penuhi dengan pokok-pokok dan tidaklah membosankan. Saya memilih untuk berjalan sahaja kerana bagi saya 15 minit berjalan itu adalah perkara biasa dan lebih menikmati perjalanan melalui taman-taman. Kalau anda kembara sebagai backpacker, apalah sangat untuk berjalan jauh seperti itu. Tapi sebenar nya agak penat juga berjalan kerana sebenarnya, untuk sampai ke pintu masuk tadi, saya telah berjalan hampir 15 minit juga dari hentian bas, di tambah dengan perjalanan ini pula. Tapi sebab musim sejuk, tidaklah saya berpeluh teruk he he he. Sebenarnya saya berjalan bersama 2 lagi rakan dari China yang baru sahaja saya kenal semasa membeli tiket di kaunter. Mereka student universiti di China, lupa kat mana mereka belajar, tetapi bukan di Beijing. So takde lah boring sangat jalan beramai-ramai. :-)

Apabila masuk ke dalam dewan itu, ia merupakan satu dewan yang sangat besar sekali, anggaran saya lebih kurang 200 meter panjang dewan tersebut dan 70 meter lebarnya. Yang ada ditengah-tengahnya adalah ukiran batu bala tentera yang sesetengahnya telah pun pecah dan dalam masih proses membetulkannya dan memeliharanya. Agak kagum juga melihatnya. Bagi yang meminati Ilmu Sejarah, begitu bermakna dan begitu teruja bila melihat sejarah ukiran batu bala tentera Terracotta ini kerana banyak sejarah yang di simpan bersamanya. Bagi yang kurang meminati sejarah, mungkin anda sedikit terasa rugi setelah sekadar melihat patung-patung ukiran batu yang banyak ini. Tiada yang terlalu menarik kecuali lipatan sejarah yang di simpan oleh patung ini. 

Terdapat dua atau tiga dewan di kawasan ini, bagaimana pun ini merupakan dewan utamanya dan saya tidak langsung masuk ke dewan-dewan yang lain kerana sedikit penat dan juga kesuntukkan masa untuk terus menerokainya. Setelah selesai, anda sekali lagi perlu berjalan kaki yang agak jauh untuk ke perhentian bas kerana laluan keluarnya agak memusing sedikit dan kita tidak keluar melalui pintu yang sama ketika masuk. Bagi yang datang dengan menggunakan khidmat agensi pelancungan, anda juga perlu ke tempat yang sama hentian bas kerana di situlah semua kenderaan di letakkan.

Jadi anda perlu mengetahui samada berbaloi untuk anda kunjungi kawasan ini atau tidak.  Bagi saya, tidak lah terlalu teruja melihat sejarah ini, tetapi oleh kerana saya meminati seni foto, saya berpuas hati dapat merakam foto di sini sebagai simpanan koleksi foto saya. Saya juga berpuas hati sebab dapat ambil gambar sendiri saya dengan ala-ala "winter sonata", he he he. Oleh kerana Terracotta ini merupakan salah satu mercu tanda kota Xi'an, anda mesti memikirkan untuk datang ke sini kerana persoalannya adalah "bukan senang untuk sampai ke sini, rugilah kalau tak pergi ke sini. Alang-alang dah sampai, baik kita pergi sahaja". :-)

 

Yang Benar

- TRAVELOG MIEEY -

 

Begitu ramai sekali pengunjung, Ini baru low season, kalau peak season tak tahu macam mana keadaanya

Tiket masuk, dari pintu masuk ini, perlu berjalan selama 15 minit untuk sampai ke dewan utama.

Banyak kisah sejarah yang ada pada Terrracotta Army ini

Beginilah bila kembara secara solo, hanya mampu selfie sahaja