Kenapa Saya Menulis buku "Langtang Nepal, Menjelajah Hingga Ke Himalaya"

Written by mhilmi on .

Mengembara atau travel merupakan salah satu hobi yang kini semakin di minati ramai. Tidak kira samada mengembara secara backpacker atau pun melancong mengggunakan agensi pelancongan. Trekking atau pun mendaki juga kini semakin diminati ramai. Semakin ramai yang berkongsi pengalaman mereka mengembara atau mendaki di media sosial seperti facebook atau pun Instagram. Ia menjadi pendorong kepada rakan-rakan atau orang lain untuk turut sama berbuat demikian.

“Mengapa saya menulis buku Langtang Nepal”. Dengan adanya media sosial ketika ini, kita dapat tahu begitu ramai sekali rakan-rakan atau rakyat Malaysia yang telah berjaya mendaki di Banjaran Himalaya Nepal. Tidak kira samada laluan yang biasa, sederhana atau laluan yang sukar. Pendakian saya pula di Langtang Nepal pada tahun 2012 sebenarnya adalah laluan biasa sahaja, bukan laluan yang sukar. Rakyat Malaysia yang lain pula telah berjaya mendaki di laluan yang sangat luar biasa lebih dari saya. Cabaran yang saya lalui adalah cabaran biasa sahaja.

Saya telah mengambil inisiatif menulis buku “Langtang Nepal” adalah untuk berkongsi bagaimana pengalaman saya mendaki terutamanya bagi saya yang mendaki buat pertama kalinya dalam hidup saya. Tidak pernah sebelum ini saya terlibat dengan mana-mana aktiviti mendaki. Ini merupakan pengalaman pertama mendaki. Oleh kerana itulah saya ingin berkongsi bagaimana pengalaman pertama saya mendaki buat pertama kalinya. Tambahan pula pendakian ini dilakukan di Nepal pada musim sejuk. Bukannya sekadar di Gunung Baling Kedah.

Begitu ramai sekali rakyat Malaysia yang telah berjaya ke tahap yang tinggi, tetapi agak rugi tidak diceritakan kepada orang lain bagaimana pengalaman mereka menghadapi cabaran-cabaran yang begitu menguji tahap kesabaran dan metal mereka. Perkongsian di media sosial tidak akan bertahan lama dan ia berada di alam maya yang kurang dari segi nilai sentimentalnya. Pengalaman seseorang itu sangat berharga sekali dan begitu ramai yang ingin tahu bagaimana pengalaman seseorang dalam pelbagai perkara. Bagaimanapun, kita menghormati pendirian sesetengah dari mereka yang tidak ingin berkongsi kisah dan pengalaman mereka kerana bagi mereka itu adalah kisah personal yang tidak patut di kongsi. Masing-masing mempunyai pendapat tersendiri.

Saya pula yang begitu meminati seni fotografi, memikirkan bahawa amat rugi sekali jika gambar yang telah saya rakamkan sepanjang perjalanan saya mendaki di Langtang dibiarkan sahaja di dalam harddisc komputer. Rugi rasanya gambar yang telah dirakamkan sebegitu elok dan cantik dibiarkan disimpan begitu sahaja. Jadi, dengan terbitnya buku ini, gambar tersebut dapat disimpan bersama buku ini. Tidak sama sebenarnya melihat foto pada skrin komputer berbanding dengan melihatnya di atas cetakan kertas. Dengan adanya buku ini, dapatlah saya menyimpan kenangan saya tersebut di dalam buku dan juga kisah saya sepanjang saya berada di Nepal.

Saya juga berharap pengalaman saya ini sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan oleh si pembacanya. Semoga ada maklumat yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang membacanya. Di samping itu saya begitu mengharapkan sokongan dari semua terhadap saya dalam menjayakan buku saya ini. Sokongan anda amat-amat saya hargai sekali.

Kini, buku Langtang Nepal telah masuk cetakkan kedua agar dapat memenuhi permintaan pembaca. Insya Allah, dalam masa beberapa minggu ia akan masuk ke kedai-kedai buku seperti MPH, Popular, Border dan lain-lain. Dapatkan segera sementara stok masih ada. Anda juga boleh mendapatkan terus dari saya secara online melalui facebook saya Mhilmi Osman/Travelog Mieey atau pun Instagram saya Travelog Mieey. Kita mengharapkan lebih ramai lagi rakan-rakan kita yang sudi berkongsi pengalaman masing-masing agar ia dapat di manfaatkan atau boleh menjadi pengajaran buat kita semua.

  

Bagaimana Proses Melakukan Cetakan Buku

Cetakan buku permulaannya dilakukan pada satu bidang kertas yang besar (tidak pasti ukurannya) dimana di dalam kertas tersebut akan merangkumi samada 16 muka surat atau pun 32 muka surat yang akan menjadikannya satu set. Ia akan dilipat agar ia menjadi 16 muka surat.  Set seterusnya pula akan di sambung untuk 16 muka surat seterusnya dan begitulah sehingga memenuhi keseluruhan skrip sesebuah buku.

Set-set tersebut akan di gabungkan dan proses binding akan dilakukan pada semua set terebut agar menjadi sebuah buku. Setelah siap binding, buku tersebut akan di potong agar lipatannya tadi akan terpotong supaya setiap muka surat di pisahkan dari lipatan tersebut. Maka terbentuklah buku tersebut. Begitulah serba sedikit yang saya faham dengan proses mencetak dan menyiapkan sebuah buku. Andai ada kesilapan, saya memohon maaf kerana saya bukanlah pakar dalam bidang cetakan buku.

 

Cetakan di lakukan pada satu bidang kertas yang besar dan akhir akan di potong setelah proses binding dilakukan.

Proses akhir iaitu membungkus buku yang telah siap

Sempat bersama dan berselfie dengan pekerja yang telah menjayakan proses cetakan buku Langtang Nepal

 

Travelog : LANGTANG NEPAL, Menjelajah Hingga Ke Himalaya
.
Harga : RM 28.00 (Semenanjung)/RM 30.00 (Sabah/Sarawak)
Harga Termasuk Kos Penghantaran : 
RM 34.00 (Semenanjung), RM 39.00 (Sabah/Sarawak)
Bilangan Muka Surat : 304
.
Tempahan Melalui : -
1. Email : mhilmieyx@yahoo.com
2. Facebook : www.facebook.com/travelogmieey
3. Facebook : www.facebook.com/mieeyphotography
4. WhatsApp : 019-5694141
5. COD : Alor Setar dan sekitarnya
.
Pembayaran :
1. Transfer/ Bank In/ Cash Deposit.
A. Bank Islam. 
No Akaun : 02-1050-1002-1528 
Nama : Travelog Mieey Enterprise
.
B. Maybank Berhad. 
No Akaun : 5521-7005-9514 
Nama : Mohamad Hilmi Osman
.
Terima Kasih 
Assalamualaikum
.
#langtang #nepal #travelog #travelogmieey #backpackers #travel#traveler #travelogue #backpackersmalaysia #goasean 

#gayatravel#gengkakitravel #kakibuku #ulatbuku #buku #bacabuku #bukumurah#jualbuku #jualanbuku 

#malaysia #malaysian #book #books#bookstagram #bookshelf #bookworm #bookaddict #bookphoto#backpacker

 

KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MEMBELI BUKU INI ............