Greatwall at Jinshanling, Beijing | Solo Traveler

Written by mhilmi on .

 

                Berseorang ke Jinshanling dengan menaiki kenderaan awam iaitu bas bagiku agak mencabar juga memandangkan keadaan lokasinya yang agak jauh iaitu hampir 2 jam perjalanan dan juga  keadaan kenderaan awam yang agak kurang serta di tambah pula dengan penduduk tempatan yang kurang berbahasa Inggeris. Bas pertama untuk ke Jinshanling bertolak pada pukul 8.30 pg dari hentian Wanjing iaitu salah satu station Metro di Beijing. Station bas tersebut terletak lebih kurang 150 meter dari station MRT. Aku terlepas pandang juga dengan bas station tersebut walaupun besar tempatnya. Bagaimanapun, saya sempat menaiki bas pertama untuk ke Jinshanling. 

               Perjalanan yang mengambil masa lebih dari 1 1/2 jam untuk tiba ke hentianya. Aku hampir terlepas untuk turun di lokasi hentiannya kerana menjangkakan masih belum tiba. Bas berhenti di satu lokasi yang aku sangkakan hanya sekadar berhenti untuk ke tandas. Setelah aku masuk ke tandas, aku bertanyakan kepada pemandu bas yang langsung tidak faham bahasa Inggeris. Ketika itu terdapat lebih kurang 5 orang penumpang yang mendengar pertanyaan aku "adakah aku telah sampai ke Greatwall Jinshanling". Kesemua penumpang juga tidak faham pertanyaanku. Walaupun aku menyebut perkataan "Great Wall", mereka masih tidak faham.  Akhir sekali aku menunjukkan gambar Great Wall di dalam telefonku, barulah pemandu tersebut menunjukkan satu arah yang mana arah tersebut adalah untuk ke Great Wall. Aku bergegas naik ke bas dan mengambil backpack dan terus turun dari bas. Bas meneruskan perjalanan dan hanya aku seorang sahaja yang turun di situ untuk ke Great Wall. Memang benarlah Winter merupakan low season untuk ke Greatwall. Tiada penduduk tempatan yang berminat untuk ke Great wall pada musim sejuk. 

              Dari hentian tersebut masih ada perjalanan sejauh 5 KM untuk ke Great Wall.  Aku tidak pasti bagaimana untuk aku ke sana memandangkan tiada kelihatan bas atau teksi yang ingin ke sana. Akan aku sambung kisah perjalanan aku ini di masa akan datang. Apa yang ingin aku nyatakan di sini adalah bagiku Great Wall at Jinshanling adalah berbaloi untuk di kunjungi bagi peminat fotografi seperti aku memandangkan lokasinya yang kurang di minati dan mempunyai permandangan yang agak berlainan berbanding dengan Badaling. Apa kelainannya adalah jika kita merakamkan gambar, amat kurang terdapat gambar pengunjung lain yang akan masuk di dalam frame gambar yang kita rakamkan. Itu salah satu yang menyebabkan aku sanggup bersusah payah untuk ke sini. Aku ingin rakamkan foto yang kurang dengan pengunjung. Dan gambar di atas juga agak kurang di lihat di dalam internet kerana kita berada jauh dari lokasi Great Wall. Ia satu kelainan yang aku inginkan. Tidak pasti samada lokasi seperti ini terdapat di Great Wall at Badaling.