Terracotta Army, Xian

Written by mhilmi on .

Terracotta Army (Terracotta Warrios and Horses) merupakan salah satu tinggalan arkeologi yang agak terkenal di China. Lokasinya adalah di bandaraya Xi'an. Kebanyakkan pelancung tidak melepaskan peluang untuk mengunjunginya. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk mengunjunginya oleh kerana ia merupakan salah satu lokasi yang patut di kungjungi sekiranya kita ke Xi'an. Walaubagaimana pun, bagi yang kurang meminati ilmu sejarah, agak tidak berbaloi untuk mengunjunginya dengan bayaran sebanyak CYN 120 (low season -winter). Begitu juga dengan saya, bukan saya tidak meminati langsung sejarah. Tetapi ini sejarah luar negara yang saya tidak berapa mengetahuinya. Tetapi saya gagahkan diri juga untuk kesini kerana bukan senang untuk sampai ke Xi'an ni.

Oleh kerana saya bergerak secara solo, agak susah untuk mengambil gambar sendiri berlatarbelakangkan kawasan sejarah ini. Ini kerana ia terletak di dalam dewan yang besar di mana, kawasan sejarah ini di terangi dengan lampu dan juga cahaya matahari dari luar manakala kawasan pengunjung agak kurang cahaya. Oleh kerana contras antara kawasan patung-patung ini amat berbeza dengan kawasan pengunjung, susah untuk mensama ratakan kecerahannya. Oleh kerana itu saya agak malas bergambar di dalam ini. Tambahan pula susah untuk letakkan tripod di kawasan yang ramai pengunjungnya. Mengambil gambar-gambar patung-patung sejarah ini juga agak sukar kerana ia terlalu jauh dengan kawasan pengunjung dan saya pula hanya mempunyai lens 35mm bagi mengambil gambar jarak dari jauh.

Saya hanya menghabiskan masa di dalamnya selama lebih kurang satu jam sahaja. Satu oleh kerana kurang berminat mengambil gambar atas sebab sebab di atas, dan keduanya kerana saya mempunyai masa yang suntuk kerana pada awal pagi sebelum tiba di sini, saya telah banyak membuang masa kerana saya tersesat untuk ke bas station yang menghubungkan bandar Xi'an dengan kawasan sejarah ini yang mengambil masa lebih kurang 45 minit jika menaiki bas. Oleh kerana itu, masa selebihnya saya hanya berposing di luar dengan latar belakang ala ala "Winter Sonata". "Winter Sonata" lah Kononnnn... :-)

Mengambil gambar sendiri ala ala Winter Sonata lah kononnya.... :-)