• Slider.jpg
  • Langtang-Promo1.jpg
  • Slider10.jpg
  • Slider8.jpg
  • Slider5.jpg
  • Slider3.jpg
  • Slider4.jpg
  • Slider9.jpg
  • Slider1.jpg
  • Langtang-Promo2.jpg
  • slider12.jpg
  • Slider7.jpg
  • Slider6.jpg
Friday, November 16, 2018

Photo by Mohd Nazri with my Nikon D700 + 50mm f/1.4

     Menunggang kuda di Langtang Valley Trek. Ia merupakan salah satu aktiviti yang boleh di cuba sekiranya anda merancang untuk trekking di Langtang National Park (Langtang Valley Trek). Bagi pendapat saya, ia sesuatu yang wajib di lakukan kerana menunggang kuda (dengan bantuan tuan punya kuda) memberikan satu pengalaman yang agak menakjubkan memandangkan suasana bergunung ganang, kedinginan di tempat tinggi disamping boleh menghilangkan kepenatan ber"trekking". Suatu kenangan manis yang tak dapat dilupakan lebih-lebih lagi anda berpeluang bergambar ketika menunggang kuda tersebut dengan berlatar belakangkan Banjaran Himalaya. 

 

    Terus terang dikatakan, saya tidak pernah terfikir untuk berkuda di Langtang ini memandangkan fikiran saya hanya lah untuk merasai pengalaman bertrekking. Memandangkan dengan keadaan yang agak kepenatan disamping di tawarkan ( dengan bayaran lebih kurang RM50 untuk perjalanan 1 jam ) untuk berkuda oleh penduduk setempat itu, saya dan rakan saya Mohd Shukur mengambil keputusan untuk menunggang kuda. Keputusan ini juga diambil memandangkan kami ingin meluangkan masa lebih lama di Langtang Village. Dengan berkuda, kami akan dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk turun pulang ke Guest House kami yang terletak 1 1/2 perjalanan trekking. Ketika itu juga kami hanya berdua di kawasan tersebut, memandangkan 2 rakan kami iaitu saudara Wazari dan Ahmad Shukri telah pun naik lebih ke depan untuk menuju ke Kyanjin Gompa. Manakala 2 lagi rakan kami iaitu saudara Wan Johan dan Fuad berada dibelakang (dibawah) yang pada ketika ini kami menganggap mereka telah turun lebih kebawah akibat dari tidak mampu untuk terus naik (yang telah diputuskan malam sebelumnya). 

 

   Bila difikirkan balik, rasa beruntung membuat keputusan untuk cuba menunggang kuda di Lantang Valley, memandangkan pengalaman ini amat indah bila dikenang kembali. Ketika kami baru ingin bermula menunggang kuda, kami terserempak dengan 2 rakan kami yang sepatutnya turun terus kebawah, tetapi akhirnya mereka mengubah fikiran untuk terus naik dari Thiyang Shap ke Langtang Village dengan menunggan kuda dan turun kembali juga dengan menunggang kuda. Lagi hebat mereka berdua.

 

    Walau pun sekiranya anda merancang untuk trekking sahaja di kawasan ini, saya sarankan, anda kena mencuba juga menunggang kuda disini. Amat berbaloi. Saya tidak pernah menuggang kuda dimana-mana sebelum ini, tetapi kini saya mempunyai pengalaman berkuda di kawasan yang sememangnya amat sesuai berkuda iaitu di Langtang Village. Anda boleh bertanya kepada rakan saya Ahmad Shukri yang tidak berpeluang berkuda ketika itu, sehingga sekarang, berkali-kali disebutnya perasaan yang menyesali tidak cuba untuk menunggang kuda disana. Sabar Ahmad Shukri, nanti kita pergi lagi, bukan sahaja berkuda, Yak pun kita try naik juga.

    Selamat Berkuda di Langtang Valley Trek. 

 

Pengalaman berkuda di Langtang Valley amat meyeronokan

 

     Bermula dari Ghora Tabela, Thiyang Shap, Lantang Village dan seterusnya ke Kyanjin Gompa, boleh kelihatan banyak ternakan seperti Kuda, Lembu, Keldai, Kambing dan Yak. Ini kerana kawasan tinggi ni telah mula diliputi rumput dan pokok-pokok renek memandangkan kesesuaian tumbuhan tersebut dikawasan yang tingginya lebih dari 3000 meter dari paras laut. Kesesuaian ternakan ini juga adalah kerana di sini, kadar ketinggian gunung ganang nya adalah lebih rendah, banyak kawasan mendatar. Oleh sebab itu ramai penduduk disini yang memiliki kuda sebagai salah satu kenderaan kerana kesesuai untuk menunggang di sini.

     Dikawasan ini juga banyak ternakan Yak, dimana terdapat aktiviti proses membuat keju dari susu Yak. Disini amat mudah untuk kita berjumpa dengan kuda, lembu dan Yak yang berada di tepi-tepi denai laluan penduduk disini. Haiwan-haiwan ini juga amat jinak dan mudah untuk kita dekati. Bagaimana pun, sedikit perasaan takut ketika terserempak dengan Lembu yang tanduknya agak gerun juga apabila dilihat. Jadi, anda harus berhati-hati.

 

Salah seorang penduduk tempatan yang menunggang kuda

 

Lelaki ini sedang membawa kudanya

 

Pemilik kuda ini merupakan pemilik Guest House di Ghora Tabela ( 1 1/2 jam turun dari Langtang Village )

 

 

 Remaja ini merupakan pemilik kuda yang saya tunggangi

 

Rakan saya Fuad dan Wan yang akhirnya bertukar fikiran untuk naik ke atas dengan menunggang kuda

 

Kuda-kuda disini amat jinak untuk didekati

 

 Kawasan Langtang Village

 

 

Sekumpulan trekker sedang mendaki perjalanan antara Lantang Village ke Kyanjin Gompa

    Gambar ini diambil ketika saya keseorangan menuruni banjaran laluan antara Lantang Village dan Kyanjin Gompa. Pada waktu ini dalam pukul 3.00 petang waktu Nepal dimana saya mengambil keputusan untuk turun kebawah setelah menikmati permandangan di lokasi antara Lantang Village dan Kyanjin Gompa. Saya menjangkakan rakan-rakan yang lain telah turun ke bawah, oleh sebab itu juga saya mengambil keputusan untuk turun ke bawah. Disamping itu juga saya telah pun berjanji kepada seorang pemudah tempatan bahawa saya memerlukan khidmat berkuda beliau untuk turun ke bawah.  Saya telah mengambil keputusan untuk turun kebawah dengan menggunakan kuda kerana saya menjangkakan saya akan keletihan dan kepenatan untuk turun kebawah dengan berjalan kaki. 

     Seperjalanan turun ke bawah, masih ada lagi Trekker yang sedang mendaki naik ke atas iaitu menuju ke Kyanjin Gompa memandangkan waktu tu masih di kira awal iaitu dalam pukul 3 petang. Pendaki (Trekker ) di dalam gambar ini merupakan sekumpulan pendaki yang saya temui ketika menuruni ke bawah. Kelihatan matahari memancar cerah, bagaimana pun suhu ketika ini adalah sejuk kerana musimnya dan juga kerana berada di ketinggian lebih 4000 meter dari aras laut. Masih ramai trekker yang saya temui sepanjang perjalanan turun saya dari laluan Kyanjin Gompa menuju ke bawah iaitu tempat penginapan kami di Tyanshap (1 1/2 jam perjalanan turun dari Lantang Village)

     Suasana agak meriah di kawasan Lantang Village dan juga sepanjang perjalanan ke bawah kerana masih ramai trekker yang masih melakukan aktiviti mendaki. Di samping itu juga penduduk tempatan yang melakukan pelbagai aktiviti seharian di persekitaran Lantang Village. Apabila tiba di Lantang Village, seorang dari rakan saya yang juga akan turun ke bawah dengan mendaki kuda sedang menunggu saya untuk turun bersama-sama. Pengalaman turun ke bawah dengan mendaki kuda tidak dapat dilupakan kerana, mendaki kuda disini dengan persekitaran pergunungan amat-amat berbeza sekiranya anda menunggang kuda di taman-taman rekreasi di Malaysia. Pendek kata, sekiranya anda mendaki di Lantang Valley Trek ini, anda harus mencuba menunggang kuda disini.

      Selamat Mendaki.....

 

The Himalayan routes are famous for attracting a large number of trekkers. Typical trekking regions in Nepal are AnnapurnaDolpoLangtangManaslu, and Mount Everest. Other popular trekking routes in India include Chandra TaalGomukhHemkundKafni GlacierKangchenjunga,KedarnathKedartalMilam GlacierNanda Devi SanctuaryPindari GlacierRichenpongRoopkundSar PassSatopanth TalSaurkundi PassSingalila Ridge, and Valley of Flowers.            

Some tips

 

  • Altitude sickness is a significant risk when trekking on any trails above about 2500m. Be familiar with the symptoms and do not ignore them. People who keep to a conservative ascent schedule and drink plenty of fluids should acclimatise OK. If you or anyone in your party begins to experience symptoms of AMS then do not ascend any further, and if they do not improve then descent to a lower altitude is the only option.
  • Water - The streams should be considered polluted and whilst bottled water is often available, the disposal of plastic bottles is a problem. Have some means to purify water, iodine and/or a fine ceramic filter are the best options.
  • Lone travelers - arriving in Kathmandu it is usually easy to find other like minded people with similar travel plans and trek together. Even if you start at the trailhead alone you are likely to meet the same people along the trail and share lodges at night. It is not wise to trek alone (this is true not just in Nepal but anywhere). In the unlikely event that you should encounter trouble or become ill then it is far easier and safer to have some companion to help out.
  • Maoists - In recent months the political situation has changed to bring the Maoists back into government. Consequently there is no "official" justification for the old practices of "taxing" trekkers. That said, it is possible that this habit may continue and if a "donation" is demanded undeer threats then it is probably best to pay the fee in return for the "official" receipt.

 

 

Source from Wikipedia 

     Bamboo area, salah sebuah lokasi di Lantang Trek yang boleh di singgah semasa trekking, di mana di sini terdapat beberapa guest house yang boleh menjadi tempat penginapan. Dari Syafrubesi ke Bamboo area ini, bagi normal trekker, ia mengambil masa dalam 3 - 4 jam perjalanan trekking. Kebanyakan trekker yang menginap di sini adalah trekker yang merancang untuk perjalanan trekking yang lebih lama. Trekking dengan kadar yang agak perlahan sambil menikmati permandangan, kerana normal trekker tidak akan menginap disini kerana masih ada masa untuk naik ke tempat yang lebih tinggi. Kebanyakan trekker akan merancang ke tempat yang lebih tinggi iaitu di kawasan Lamma (terdapat lebih banyak guest house disini) untuk bermalam.

    Bagi kumpulan kami yang tidak berpengalaman dalam trekking ini mengambil keputusan untuk menginap disini memandangkan perjalanan kami mengambil masa yang agak lama disebabkan tiada pengalaman dan juga kerana kami tidak mengupah "porters" untuk membawa barang-barang kami. Jadi tiada pilihan, terpaksa menginap disini memandangkan waktu telah pun semakin lewat sekiranya untuk terus naik keatas. Pada waktu ini, pukul 6 petang cuaca telah gelam seperti senja/malam.

     Kebanyakan pengusaha guest house disini adalah peramah (one of the marketing strategy). Sebelum kami sampai disini, kami telah pun terserempak dan ditegur oleh salah seorang pengusaha guest house disini yang mempelawa kami untuk menginap disini kerana dia mengatakan bahawa kami tidak akan sempat untuk teruskan perjalanan ke kawasan Lamma yang mengambil masa trekking 1 1/2 jam lagi.

   Kawasan Bamboo ini antara yang menarik kerana ia terletak betul betul di tepi jeram yang mempunyai permandangan yang menarik. Deruan air jeram akan sentiasa menemani kita disini terutama apabila sebelah malamnya kerana ia akan kedengaran begitu jelas sekali di ruang tidur/bilik penginapan. Amat mengasyikkan tambahan pula di temani dengan cahaya lilin yang dibekalkan oleh pemilik guest house tersebut. Cahaya lilin akan menjadi peneman sepanjang malam memandangkan tiada bekalan elektrik disini. Pemilik guest house ini menggunakan bateri untuk menyalakan hanya sebiji lampu bagi menerangi kawasan dalam ruang tidurnya yang juga merupakan ruang tempat tetamu (trekker) menikmati makan malam. Pemilihan untuk makan malam di ruangan ini menjadi pilihan trekker kerana terdapat dapur kayu yang merupakan merupakan (heater) pemanas bagi memanaskan badan dalam kedinginan malam memandangkan waktu ini (Oktober & November) suhu agak sejuk disebelah malam dan awal pagi, berbanding tengah hari. Ini belum lagi masuk "Winter" yang pasti lagi dingin suhunya.

    Di kawasan Bamboo ini masih lagi boleh mendapat liputan telefon bimbit (Edge for data) sekiranya kita membeli Starter Pack Prepaid Phone (seperti yang saya lakukan sebaik tiba di airport, kedainya bersebelahan kaunter membeli tiket teksi di arriving hall). Prepaid tersebut di beli dengan harga Rupee Nepal 1000 (lebih kurang RM35), tidak termasuk data (Rs 400 utk 500 MB data). Disini saya sempat untuk upload gambar instagram terakhir saya menggunakan iphone sebelum naik lebih tinggi ke atas yang pastinya tiada lagi liputan telefon. Pengusaha guest house disini menggunakan telefon setelit untuk berkomunikasi. 

    Kami menginap di guest house yang bernama "Sherpa". Kos 6 orang kami sini untuk semalaman lebih kurang Rupee 7000 (dalam RM250) kalau tak silap, tak berapa ingat. Ia merupakan makan petang semasa tiba, makan malam, penginapan (blanket perlu dibayar) dan juga sarapan pagi esoknya. Kos di atas ini memang agak tinggi, memandangkan ia melibatkan kos mengupah porters untuk membawa barang ke atas. Lagi tinggi kita naik, lagi tinggi kosnya, terutama yang melibatkan barang mentah. Sekiranya hendak menggunakan hot shower, ia mengenakan charge Rupee 150. Semasa kami menginap di sini, terdapat satu family 4 beranak yang merupakan trekker yang juga menginap disini.

 

Berehat setelah tiba di kawasan Bamboo ini

 

Pemilik Guest House "Sherpa"

 

Keluarga trekker 4 Beranak bersama portersnya yang juga menginap di situ

 

Sedikit cendera hati juga boleh didapati disini

 

Salah seorang trekker dari Australia yang menginap di salah sebuah guest house di kawasan Bamboo ini

 

Ruang makan guest house ini betul-betul berada di tepi jeram di mana sumber air juga di ambil dari jeram tersebut

 

Permandangan yang indah di kawasan Bamboo ini

 

Ruang tidur yang mempunyai permandangan jeram yang indah

 

Suasana guest house yang bertaraf 5 bintang

 

Suasana menikmati makan malam di Sherpa Guest House

 

En. Shukur kita beramah mesra dengan pemilik guest house ini di temani dengan porters yang tahu berbahasa Melayu

 

Salah seorang chef yang menyediakan makanan disini

 

Anak pemilik guest house ini juga turut membantu keluarganya

 

Hidangan telah siap

 

Menikmata haba dari "Original Heater"

 

Ruang tempat duduk makan inilah yang juga merupakan tempat tidur keluarga pemilik guest house tersebut

 

Kenangan bersama keluarga pemilik guest house tersebut (Photo by Mohd Shukur)