Cuba Jaya

Monday, June 25, 2018

Untuk memastikan perjalanan penerbangan anda dari Srinagar tidak menghadapi masalah, ada baiknya anda menjangkakan tiba di kawasan lapangan terbang Srinagar 3 jam sebelum waktu penerbangan anda. Ini kerana proses untuk masuk ke kawasan lapangan terbang sehinggalah masuk kedalam pesawat akan mengambil masa yang lama atas sebab prosedur keselamatan di sana.

Apabila anda tiba di pintu pagar kawasan lapangan terbang srinagar, terdapat tentera India yang mengawal. Pemeriksaan keselamatan perlu dilakukan disini. Barisan pemeriksaan yang panjang sekiranya awal pagi kerana telah banyak kenderaan telah pun berbaris sejak awal pagi lagi untuk masuk dimana pemeriksaan dibuat hanya bermula pada pukul 6.00 pagi. Kita dikehendaki turun dari kenderaan dan membawa segala beg atau luggage yang ada tidak kira kecil atau besar dan akan dilakukan proses x-ray keselamatan. Anda juga perlu tunjukkan tiket sah anda untuk memasuki kawasan ini.

Kita juga perlu melakukan pemeriksaan badan bagi tujuan keselamatan dan pemeriksaan pasport atau pengenalan diri juga dilakukan. Kenderaan atau teksi yg digunakan juga dilakukan pemeriksaan di mana bonet kereta dan enjin perlu dibuka bagi tujuan pemeriksaan. Setelah selesai, kita akan kembali menaiki kenderaan/teksi untuk ke terminal yang jauhnya lebih kurang 500 meter.


All Right Reserved @mieeyphotography | Srinagar Aiport, Kashmir India

Ready to enter Srinagar Airport

Di hadapan Srinagar Airport | Flight to Delhi

Apabila sampai di terminal, terdapat dua pintu masuk yang berdekatan, satu pintu masuk untuk penumpang Spice Jet dan Jet Airways, manakala satu pintu lagi untuk penumpang Indigo. Disini, pemeriksaan keselamatan sekali lagi akan dilakukan di mana kesemua beg atau luggage akan di scan dan juga pemeriksaan badan dilakukan. Pemeriksaan tiket juga dilakukan disini sebelum anda dibenarkan untuk membuat pemeriksaan keselamatan. Disini perlu sedikit berhati-hati dengan beg bimbit atau backpack kecil yg mempunyai barangan berharga yang akan di scan. Sentiasa memerhatikan beg anda yg discan yang akan keluar di sebelah sana. Kadang kala keselarian pemeriksaan beg dengan pemeriksaan badan tidak selari di mana beg anda telah lepas pemeriksaan scan tetapi anda masih belum lagi dibuat pemeriksaan badan. Kebarangkalian terdapat penumpang yg telah lepas pemeriksaan badan mengambil beg anda tetap ada. Cuba untuk memastikan keselarian itu atau sekiranya anda bersama rakan, jarakkan diri anda dengan rakan agar masing-masing boleh memerhati beg rakan-rakan. Disini, pemeriksaan pasport atau pengenalan diri juga akan dilakukan.

Setelah selesai pemeriksaan tadi, kini tiba masanya untuk anda mendaftar masuk (check in) penerbangan anda. Mengikut peraturan penerbangan (Indigo yang saya gunakan), anda hanya dibenarkan membawa hanya satu beg bimbit (hand luggage) dengan maksimum berat sebanyak 7KG, tetapi apa yg saya lihat, ramai juga penumpang yg membawa dua hand luggage dan tiada masalah. 

Setelah selesai daftar masuk, anda akan diberikan satu "Tag" yang akan di ikat pada setiap hand luggage yang ada. Tag ini amat penting, sila pastikan ia tidak hilang/tercabut dari beg anda kerana ikatan tag ini mudah untuk putus. Tag ini diperlukan untuk tujuan bahawa beg yg dibawa adalah sah dan dibenarkan masuk kedalam pesawat. Prosedur ini sama di seluruh lapangan terbang di India.

"Hand Luggage TAG" yang diperlukan untuk agar beg anda di benarkan melepasi pemeriksaan keselamatan


Setelah selesai daftar masuk ini, kita akan ke "boarding area". Disini, pemeriksaan badan akan dilakukan dan juga hand luggage akan discan. Sebelum pemeriksaan dilakukan, tentera India ini akan memeriksaan "boarding pass" anda dan juga memastikan hang luggage anda mempunyai "Tag" yg diberikan semasa daftar masuk tadi. 

Setelah dilakukan pemeriksaan badan dan juga scan beg, anda akan ke satu kaunter pemeriksaan beg secara manual yang juga dilakukan oleh tentera India. Disini, anda perlu mengeluarkan segala barang anda yg berada didalam hand luggage anda. "Comparment" yg kecil pada beg anda juga akan diperiksa secara terperinci. Bagi yang membawa KAMERA, anda dikehendaki "switch On" kamera anda bagi memastikan ia betul-betul kamera. Dinasihatkan kepada yang membawa kamera untuk memastikan kamera anda berfungsi atau tidak kehabisan bateri sebelum anda ke lapangan terbang bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Setelah pemeriksa beg itu berpuas hati, "Tag" beg anda tadi akan dicop bagi mengesahkannya.

Setelah selesai pemeriksaan itu, anda akan melalui satu pintu dimana sekali lagi tentera India akan memeriksa dan memastikan Tag anda telah di cop, sekiranya belum ia akan menyuruh anda ke kaunter pemeriksaan beg tadi untuk mendapatkan cop setelah selsai diperiksa beg anda.

Setelah pemeriksaan keselamatan di lakukan, "boarding pass" anda akan di cop


Setelah itu, anda akan melalui escalator. Sebelum menaiki escalator tersebut, tag anda akan diperiksa lagi dan wakil penerbangan anda pula akan memeriksa boarding pass anda. Di sini, sekiranya anda ada daftar masuk beg, iaitu pada tiket anda terdapat sticker barcode beg anda, wakil penerbangan itu akan menyuruh anda pergi ke suatu bilik di tepi escalator sebelum anda menaiki escalator tersebut. 

Disini, anda perlu melihat dan memastikan kesemua beg yang telah didaftar tadi ada disitu sebelum ia akan dimuatkan kedalam pesawat. Ini bagi memastikan beg anda yang telah didaftar tidak tercicir atau tertinggal. Sekiranya anda gagal untuk berbuat demikian, kemungkinan besar beg anda akan tercicir dan tidak dimuatkan kedalam pesawat. Setelah selesai, baru lah anda boleh menaiki escalator untuk ke boarding gate. 

Bila tiba di boarding area ini, barulah anda boleh sedikit kurang stress dan menikmati kopi panas memandangkan cuaca sejuk ketika winter :-). Disini terdapat beberapa gerai minuman dan makan ringan, sebuah kedai buku, sebuah kedai cenderahati dan juga kedai pakaian. Perlu diingatkan, sekiranya anda membeli sesuatu disini, sila pastikan barang tersebut diletakkan di dalam beg anda yang mempunyai tag agar tidak mengalami masalah ketika boarding nanti.

Setelah pengumuman dibuat untuk proses boarding, seperti biasa wakil penerbangan akan memeriksa boarding pass anda manakala tentera akan memeriksa dan memastikan beg atau "hand luggage" anda mempunyai "Tag" yang sah. 

"Boading Area" di Srinagar Aiport


Buat pengetahuan, bandar Srinagar memang di penuhi dengan tentera India, boleh dikatakan di setiap pelusuk akan terdapat seorang dua tentera yang akan berkawal terutama kawaaN pekan yang sibuk. Begitu juga di luar dan di dalam terminal akan terdapat tentera yang akan berkawal. Pada hari ketibaan saya di Srinagar ini, perasaan gementar sentiasa diselubungi kerana melihatkan tentera yang ramai, setelah sehari dua barulah perasaan gementar itu hilang kerana tentera yang ramai di sekitar kawasan adalah perkara biasa di Kashmir.

Akhir sekali, sebelum anda memasuki pesawat iaitu betul-betul didepan pintu pesawat, anda akan sekali lagi diperiksa "Tag" beg atau "Hand Luggage" anda dan akan dicop sekali lagi oleh wakil penerbangan sebagai pengesahan. 

Setelah itu, barulah anda dibenarkan masuk, mendapatkan seat anda dan menikmati penerbangan anda serta menikmati Magic Rice (beriani segera yg di campurkan air panas untuk menikmatinya).Tidak kira kemana tujuan anda, kini anda telah lepas segala kesusahpayahan pemeriksaan keselamatan sebelum manaiki pesawat dari Srinagar ke mana jua destinasi di India.


Setiap penjuru Airport dan juga bandar Srinagar di letakkan Tentera untuk mengawasi keselamatan

View of Srinagar after take off 

Hanya sedikit puncak Himalaya yang kelihatan ketika fly dari Srinagar ke Delhi (sila perhatikan betul-betul banjaran Himalaya)


Pembelian dan pengurusan ticket samada tiket kapal terbang, keretapi mahupun bas merupakan sesuatu yang penting sekiranya kita menjelajah atau travel ke mana-mana negara atau wilayah. 

Sedikit tips atau pengalaman dari saya yang menjelajah Bandar Srinagar, Jammu Kashmir India. Seperti yang dirancang, kesemua tiket penerbangan sepanjang penjelajahan saya dan rakan saya Mohammad Hanafi telah pun diambil dan disediakan dengan sempurna sebulan sebelum penjelajahan ke Kashmir ini. Bagaimanapun kadang kala perancangan yg telah disusun boleh berubah atau perlu diubah atas sebab-sebab tertentu. Seperti perjalanan saya yang lepas, saya dan rakan terpaksa membuat perubahan penerbangan, iaitu terpaksa pulang lebih awal atas sebab kecemasan.

 

 

Saya perlu membuat perubahan tarikh tiket penerbangan Indigo dari Srinagar ke Delhi dan juga membeli tiket penerbangan baru dari Delhi ke Kuala Lumpur. Untuk tiket penerbangan Indigo, perubahan tiket boleh di buat secara online sekiranya anda mempunyai aksess kepada internet. 

Bagaimana pun, kita tidak dapat membuat pembayaran melalui kredit kad kerana kita tidak boleh menerima sms untuk password sementara bagi pembayaran tersebut memandangkan khidmat roaming untuk telefon mudah alih telah DISEKAT sekiranya kita berada di Kashmir. Sila rujuk posting sebelum ini berkenaan telefon mudah alih di Kashmir ( Kemudahan Telefon Mudah Alih yang terhad ).

Bagaimanapun, bagi penerbangan Malaysian Airlines (MAS), tidak perlu password sementara melalui sms untuk menempah penerbangan melalui kad kredit secara dalam talian (online). Anda boleh menempah terus tiket dan membuat pembayaran melalui internet.


Untuk mengatasi masalah ini sekiranya anda berada di Kashmir, anda boleh menggunakan perkhidmatan yg disediakan disesetengah cyber cafe yang memberikan perkhidmatan menempah tiket penerbangan. Charge yang dikenakan tidaklah begitu mahal, iaitu sebanyak RM15-20 bagi setiap penumpang. Terdapat banyak kedai cyber cafe di Srinagar ini yg menawarkan perkhidmat menempah tiket penerbangan. Pembelian tiket pernerbangan juga boleh di buat oleh agen2 ini, bagaimanapu harga tiket akan lebih mahal dari pembelian secara online keran agen ini mengambil komisen dari setiap tiket yang di beli.

Untuk syarikat penerbangan Indigo, apa yang boleh dilakukan untuk atasi masalah ini, iaitu bagi perubahan tarikh dan masa tiket (tidak pasti dengan pembelian tiket baru), kita hanya perlu membuat perubahan tersebut melalui internet, sehingga perubahan itu telah berjaya diubah dengan status NEEDS PAYMENT. Setelah selesai membuat perubahan tersebut anda hanya perlu print tiket baru tersebut (pastikan tarikh yang betul) yang juga merupakan pass untuk anda masuk ke kawasan lapangan terbang atau terminal. HARUS DIINGAT, di India, anda tidak akan dibenarkan masuk ke terminal lapangan terbang sekiranya anda tidak mempunyai tiket yang sah.

Di terminal lapangan terbang Srinagar, iaitu di luar pintu masuk terminal sebenarnya, terdapat kaunter beberapa syarikat penerbangan seperti Spice Jet, Air India dan juga Indigo. Kita boleh membuat pembayaran changes fee bagi penerbangan kita di kaunter tersebut. Kaunter ini dibuka pada jam 9.30 pagi. 

Sekiranya kita tidak sempat untuk membuat pembayaran di kaunter ini oleh sebab masa penerbangan yang awal dan kaunter masih tutup, kita juga masih boleh membuat pembayaran tersebut semasa kita melakukan proses daftar masuk (Check In). Disini, pembayaran melalui tunai dan juga cek (cheque) adalah diterima. Sama seperti yang berlaku pada saya di mana pembayaran tidak dapat dilakukan di kaunter kerana terdapat permasalah sistem komputer di kaunter tersebut dan saya membuat pembayaran semasa daftar masuk.


HARUS diingat, kaunter terletak diluar pintu masuk terminal dan cuaca amat sejuk sekiranya di musim sejuk (winter). Anda perlu ada tiket penerbangan sebelum masuk ke dalam terminal dan pemeriksaan keselamatan juga di buat dipintu tersebut sebelum anda dibenarkan masuk. Pemeriksaan keselamatan sekali lagi akan di buat sebelum masuk ke Boarding area. 

 

----- >>>> Rujuk Kemudahan Telefon Mudah Alih di Kashmir

 

Setiap negara atau wilayah mempunyai cara, prosedur atau peraturan masing-masing. Sebelum kita ke sesuatu negara atau kemana-mana wilayah di dunia ini, ada baiknya kita memahami dan mengetahui sedikit sebanyak peraturan atau prosedur apa jua yang terdapat negara tersebut.

Fasiliti telekomunikasi telefon mudah alih di Kashmir agak berbeza dengan yang ada dikebanyakan negara (setahu saya). Buat pengetahuan, fisiliti telefon mudah alih negara luar tidak boleh digunakan atau tidak akan berfungsi (DISEKAT) di Kashmir termasuk telefon yang telah di aktifkan mode perantauan (roaming). 


Semua telefon mudah alih dari luar di sekat apabila berada di Kashmir. Bukan sahaja telefon mudah alih dari negara luar disekat, tetapi termasuk mana-mana juga telefon mudah alih di luar wilayah Jammu & Kashmir. Telefon atau sim kad yang dibeli dan di dahtarkan di New Delhi (India) juga tidak akan berfungsi apabila berada di Wilayah Kashmir. 

Sekiranya pelancung atau individu yg ingin menggunakan kemudahan telefon mudah alih perlu membeli sim kad di Kashmir dan didaftarkan disana. BAGAIMANAPUN, proses pendaftaran sim kad tersebut akan mengambil masa selama 2 minggu. 

Apa yang dilakukan oleh beberapa individu di Kashmir, terutamanya yang memberi perkhidmatan teksi, mereka menawarkan untuk meminjamkan sim kad Kashmir sekiranya kita menggunakan perkhidmatan teksi mereka sepanjang kita berada disana. Saya juga telah menerima tawaran untuk meminjam sim kad tersebut daripada pemandu teksi yang membawa saya dari Airport Srinagar ke Hotel Pada hari ketibaan di Srinagar.


 

 

Hari kedua berada di Srinagar Kashmir agak teruja kerana seperti bermimpi berada di sana memandangkan perancangan untuk kesana telah di dibuat lebih dari setahun. Di sebelah paginya telah menikmati permandangan di Dal Lake dengan menggunakan pengangkutan air yang amat di kenali di sana dengan nama "Shikara". 

Keadaan semasa winter telah menyebabkan badan tidaklah begitu penat setelah beberapa jam di sebelah pagi berjalan dan mengharungi suasana di Srinagar. Setelah berehat sebentar di Hotel, terfikir untuk menikmati "Beriani Kambing" di Kashmir. Sebuah restauran yang dikenali dengan nama "Mughadabar Restauran" telah di sarankan oleh pemilik hotel. 

Kami telah merancangan untuk menggunakan Auto Rickshaw atau "Tut Tut" sekiranya di Thailand untuk pergi ke restauran tersebut. Jarak restauran tersebut dalam 4 KM dari hotel kami. Kadar yang dikenakan oleh pemilik auto rickshow tersebut adalah sebanyak  INR100. 

Sepanjang 1 KM terakhir untuk sampai di restauran tersebut, Kami telah melihat terdapat aktiviti penjualan seperti pasar malam di Malaysia. Ia di kenali sebagai "Sunday Market". Amat sibuk dan meriah keadaan "Sunday Market" tersebut. Ia merupakan sesuatu yang menarik untuk di harungi walau pun sebelum ini kami tidak pernah merancang untuk pergi ke "Sunday Market" tersebut, Malah tidak pernah tahu adanya "Sunday Market" di dalam pembacaan di dalam internet. 

Memandangkan keadaan kami yang agak lapar, kami tangguhkan dahulu aktiviti untuk menikmati keadaan "Sunday Market" tersebut. Maka kami terus ke "Mughal Darbar Restaurant" yang teletak betul-betul di hadapan permulaan kawasan "Sunday Market" tersebut. Pastinya Beriani Kambing akan menjadi menunya dalam keadaan perut yang lapar ini. 

 

 

"Mughadabar Restaurant" betul betul di hadapan "Sunday Market"

Beriani Kambing yang di nikmati di Mughal Darbar Restaurant

 

"Sunday Market" di Pekan Srinagar ini amat menarik sekali untuk dinikmati suasananya. Ia sama seperti pasar malam di Malaysia atau "Night Market". "Sunday Market" ini teletak di Mughadabar Road dan ia hanya berlaku seminggu sekali iaitu pada hari Ahad. Kebanyakan jualan di sini adalah berupa pakaian terutama pakaian untuk keperluan musim sejuk (winter)  dan juga keperluan rumah seperti tilam, cadar dan selimut. Selain itu juga, makanan-makanan tradisi mereka juga terdapat disini. Ia amat meriah sekali sehinggakan agak sukar untuk bergerak di dalam dalamnya, tambahan pula ruang berjalan diantara sesebuah gerai disini amat terhad sekali. Kadang kalau terpaksa ke laluan tepi jalan apabila laluan di dalamnya amat sempit di tambah dengan kunjungan pembeli yang ramai.

Bagi peminat fotografi, ia merupakan lubuk untuk mendapatkan gambar-gambar "Human Interest" dan juga "Street Photography". Tambahan pula  penduduk tempatan terutama peniaga di sini amatlah mesra sekali menerima kedatangan pengunjung terutama pelancung yang beragama Islam.

 

Sekumpulan peniaga ini menawarkan diri untuk di ambil gambar mereka, mereka sangat ramah

 

Peniaga ini sempa memintak email dari kami agar kami dapat emailkan gambar kepada mereka

Berpeluang bergambar dengan mereka

 

 

 

KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MEMBELI BUKU HASIL TULISAN DAN TERBITAN SAYA INI ............