• Slider9.jpg
  • Slider5.jpg
  • Slider6.jpg
  • Langtang-Promo2.jpg
  • Langtang-Promo1.jpg
  • Slider4.jpg
  • Slider10.jpg
  • slider12.jpg
  • Slider.jpg
  • Slider3.jpg
  • Slider8.jpg
  • Slider1.jpg
  • Slider7.jpg
Thursday, August 16, 2018

 

TRAVELOG MIEEY

 

Kembara Beijing ke Alor Setar

End of 2015

 

Kos sepanjang pengembaraan (transportation + hostel/hotel)

 

 

 

Beijing

1.   Penginapan selama 3 malam – Hostel (6 bed Dormitory) 3 x RM 21 = RM 63.00

2.   Tiket keretapi Beijing ke Xi’an – Hard Sleeper Class – RM 235.00

 

TOTAL RM 298.00 

 

XI’an

1.   Penginapan selama 1 malam – Hostel (6 bed Dormitory) 1 x RM 20 = RM 20.00

2.   Tiket keretapi Xi’an ke Kunming – Soft Sleeper – RM 465.00

 

TOTAL RM 485.00  

 

Kunming

1.   Tiada Penginapan, singgah sebentar sahaja.

2.   Tiket bas ke Xinjie, Yuanyang – Seated – RM 90.00

3.   Van dari Xinjie – Duoyishu Village – RM 13.00

 

TOTAL RM 103.00

 

 

Xinjie Town

1.   Penginapan selama 2 malam – Guest House 2 x RM 30 = RM 60.00

2.   Naik Van Duoyishu Village ke Xinjie Town – RM 13.00

3.   Tiket bas dari Xinjie Town ke Hekou – RM 42.00

4.   Teksi ke Imigresen – RM 13.00

 

TOTAL RM 128.00

 

 

Hekou / Lao cai / Hanoi / Saigon

1.   Penginapan Tiada

2.   Teksi Hekou ke Lao Cai – RM 10.00

3.   Tiket Keretapi Lao Cai ke Hanoi (Seated)– RM 37.00

4.   Tiket Keretapi Hanoi ke Saigon ( Hard Sleeper Class ) – RM 210.00

5.   Teksi ke Hostel – RM 12.00

6.   Penginapan di Saigon (Ho Chi Minh) – 2 malam – hostel (6 bed) – 2 x RM 20.00 = RM 40.00

7.   Tiket Bas Saigon ke Siem Reap – RM 93.00

 

TOTAL RM 402.00

 

 

Siem Reap

1.   Penginapan 2 malam di Siem Reap – 2 x RM 28.00 = RM 56.00

2.   Tiket Van Siem Reap ke Border Poipet – RM 31.00

3.   Tiket Van Border Poipet ke Bangkok – RM 44.00

 

 

 

TOTAL RM 131.00

Bangkok

1.   Tiada Penginapan.

2.   Tiket Keretapi Bangkok ke Hatyai – RM 89.00

3.   Tiket bas Hatyai ke Padang Besar – RM 5.00

4.   Tiket ETS Padang Besar ke Alor Setar – RM 16.00

 

 

TOTAL RM 110.00

 

 

 

TOTAL KOS PENGANGKUTAN DARI BEIJING KE ALOR SETAR DAN JUGA PENGINAPAN ADALAH SEBANYAK LEBIH KURANG

 

RM 1657.00

 

·      Kos ini adalah berdasarkan pertukaran wang asing ketika waktu tersebut iaitu awal tahun 2016

 

 

 

 

     Bamboo area, salah sebuah lokasi di Lantang Trek yang boleh di singgah semasa trekking, di mana di sini terdapat beberapa guest house yang boleh menjadi tempat penginapan. Dari Syafrubesi ke Bamboo area ini, bagi normal trekker, ia mengambil masa dalam 3 - 4 jam perjalanan trekking. Kebanyakan trekker yang menginap di sini adalah trekker yang merancang untuk perjalanan trekking yang lebih lama. Trekking dengan kadar yang agak perlahan sambil menikmati permandangan, kerana normal trekker tidak akan menginap disini kerana masih ada masa untuk naik ke tempat yang lebih tinggi. Kebanyakan trekker akan merancang ke tempat yang lebih tinggi iaitu di kawasan Lamma (terdapat lebih banyak guest house disini) untuk bermalam.

    Bagi kumpulan kami yang tidak berpengalaman dalam trekking ini mengambil keputusan untuk menginap disini memandangkan perjalanan kami mengambil masa yang agak lama disebabkan tiada pengalaman dan juga kerana kami tidak mengupah "porters" untuk membawa barang-barang kami. Jadi tiada pilihan, terpaksa menginap disini memandangkan waktu telah pun semakin lewat sekiranya untuk terus naik keatas. Pada waktu ini, pukul 6 petang cuaca telah gelam seperti senja/malam.

     Kebanyakan pengusaha guest house disini adalah peramah (one of the marketing strategy). Sebelum kami sampai disini, kami telah pun terserempak dan ditegur oleh salah seorang pengusaha guest house disini yang mempelawa kami untuk menginap disini kerana dia mengatakan bahawa kami tidak akan sempat untuk teruskan perjalanan ke kawasan Lamma yang mengambil masa trekking 1 1/2 jam lagi.

   Kawasan Bamboo ini antara yang menarik kerana ia terletak betul betul di tepi jeram yang mempunyai permandangan yang menarik. Deruan air jeram akan sentiasa menemani kita disini terutama apabila sebelah malamnya kerana ia akan kedengaran begitu jelas sekali di ruang tidur/bilik penginapan. Amat mengasyikkan tambahan pula di temani dengan cahaya lilin yang dibekalkan oleh pemilik guest house tersebut. Cahaya lilin akan menjadi peneman sepanjang malam memandangkan tiada bekalan elektrik disini. Pemilik guest house ini menggunakan bateri untuk menyalakan hanya sebiji lampu bagi menerangi kawasan dalam ruang tidurnya yang juga merupakan ruang tempat tetamu (trekker) menikmati makan malam. Pemilihan untuk makan malam di ruangan ini menjadi pilihan trekker kerana terdapat dapur kayu yang merupakan merupakan (heater) pemanas bagi memanaskan badan dalam kedinginan malam memandangkan waktu ini (Oktober & November) suhu agak sejuk disebelah malam dan awal pagi, berbanding tengah hari. Ini belum lagi masuk "Winter" yang pasti lagi dingin suhunya.

    Di kawasan Bamboo ini masih lagi boleh mendapat liputan telefon bimbit (Edge for data) sekiranya kita membeli Starter Pack Prepaid Phone (seperti yang saya lakukan sebaik tiba di airport, kedainya bersebelahan kaunter membeli tiket teksi di arriving hall). Prepaid tersebut di beli dengan harga Rupee Nepal 1000 (lebih kurang RM35), tidak termasuk data (Rs 400 utk 500 MB data). Disini saya sempat untuk upload gambar instagram terakhir saya menggunakan iphone sebelum naik lebih tinggi ke atas yang pastinya tiada lagi liputan telefon. Pengusaha guest house disini menggunakan telefon setelit untuk berkomunikasi. 

    Kami menginap di guest house yang bernama "Sherpa". Kos 6 orang kami sini untuk semalaman lebih kurang Rupee 7000 (dalam RM250) kalau tak silap, tak berapa ingat. Ia merupakan makan petang semasa tiba, makan malam, penginapan (blanket perlu dibayar) dan juga sarapan pagi esoknya. Kos di atas ini memang agak tinggi, memandangkan ia melibatkan kos mengupah porters untuk membawa barang ke atas. Lagi tinggi kita naik, lagi tinggi kosnya, terutama yang melibatkan barang mentah. Sekiranya hendak menggunakan hot shower, ia mengenakan charge Rupee 150. Semasa kami menginap di sini, terdapat satu family 4 beranak yang merupakan trekker yang juga menginap disini.

 

Berehat setelah tiba di kawasan Bamboo ini

 

Pemilik Guest House "Sherpa"

 

Keluarga trekker 4 Beranak bersama portersnya yang juga menginap di situ

 

Sedikit cendera hati juga boleh didapati disini

 

Salah seorang trekker dari Australia yang menginap di salah sebuah guest house di kawasan Bamboo ini

 

Ruang makan guest house ini betul-betul berada di tepi jeram di mana sumber air juga di ambil dari jeram tersebut

 

Permandangan yang indah di kawasan Bamboo ini

 

Ruang tidur yang mempunyai permandangan jeram yang indah

 

Suasana guest house yang bertaraf 5 bintang

 

Suasana menikmati makan malam di Sherpa Guest House

 

En. Shukur kita beramah mesra dengan pemilik guest house ini di temani dengan porters yang tahu berbahasa Melayu

 

Salah seorang chef yang menyediakan makanan disini

 

Anak pemilik guest house ini juga turut membantu keluarganya

 

Hidangan telah siap

 

Menikmata haba dari "Original Heater"

 

Ruang tempat duduk makan inilah yang juga merupakan tempat tidur keluarga pemilik guest house tersebut

 

Kenangan bersama keluarga pemilik guest house tersebut (Photo by Mohd Shukur)

Mengembara atau travel merupakan salah satu hobi yang kini semakin di minati ramai. Tidak kira samada mengembara secara backpacker atau pun melancong mengggunakan agensi pelancongan. Trekking atau pun mendaki juga kini semakin diminati ramai. Semakin ramai yang berkongsi pengalaman mereka mengembara atau mendaki di media sosial seperti facebook atau pun Instagram. Ia menjadi pendorong kepada rakan-rakan atau orang lain untuk turut sama berbuat demikian.

“Mengapa saya menulis buku Langtang Nepal”. Dengan adanya media sosial ketika ini, kita dapat tahu begitu ramai sekali rakan-rakan atau rakyat Malaysia yang telah berjaya mendaki di Banjaran Himalaya Nepal. Tidak kira samada laluan yang biasa, sederhana atau laluan yang sukar. Pendakian saya pula di Langtang Nepal pada tahun 2012 sebenarnya adalah laluan biasa sahaja, bukan laluan yang sukar. Rakyat Malaysia yang lain pula telah berjaya mendaki di laluan yang sangat luar biasa lebih dari saya. Cabaran yang saya lalui adalah cabaran biasa sahaja.

Saya telah mengambil inisiatif menulis buku “Langtang Nepal” adalah untuk berkongsi bagaimana pengalaman saya mendaki terutamanya bagi saya yang mendaki buat pertama kalinya dalam hidup saya. Tidak pernah sebelum ini saya terlibat dengan mana-mana aktiviti mendaki. Ini merupakan pengalaman pertama mendaki. Oleh kerana itulah saya ingin berkongsi bagaimana pengalaman pertama saya mendaki buat pertama kalinya. Tambahan pula pendakian ini dilakukan di Nepal pada musim sejuk. Bukannya sekadar di Gunung Baling Kedah.

Begitu ramai sekali rakyat Malaysia yang telah berjaya ke tahap yang tinggi, tetapi agak rugi tidak diceritakan kepada orang lain bagaimana pengalaman mereka menghadapi cabaran-cabaran yang begitu menguji tahap kesabaran dan metal mereka. Perkongsian di media sosial tidak akan bertahan lama dan ia berada di alam maya yang kurang dari segi nilai sentimentalnya. Pengalaman seseorang itu sangat berharga sekali dan begitu ramai yang ingin tahu bagaimana pengalaman seseorang dalam pelbagai perkara. Bagaimanapun, kita menghormati pendirian sesetengah dari mereka yang tidak ingin berkongsi kisah dan pengalaman mereka kerana bagi mereka itu adalah kisah personal yang tidak patut di kongsi. Masing-masing mempunyai pendapat tersendiri.

Saya pula yang begitu meminati seni fotografi, memikirkan bahawa amat rugi sekali jika gambar yang telah saya rakamkan sepanjang perjalanan saya mendaki di Langtang dibiarkan sahaja di dalam harddisc komputer. Rugi rasanya gambar yang telah dirakamkan sebegitu elok dan cantik dibiarkan disimpan begitu sahaja. Jadi, dengan terbitnya buku ini, gambar tersebut dapat disimpan bersama buku ini. Tidak sama sebenarnya melihat foto pada skrin komputer berbanding dengan melihatnya di atas cetakan kertas. Dengan adanya buku ini, dapatlah saya menyimpan kenangan saya tersebut di dalam buku dan juga kisah saya sepanjang saya berada di Nepal.

Saya juga berharap pengalaman saya ini sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan oleh si pembacanya. Semoga ada maklumat yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang membacanya. Di samping itu saya begitu mengharapkan sokongan dari semua terhadap saya dalam menjayakan buku saya ini. Sokongan anda amat-amat saya hargai sekali.

Kini, buku Langtang Nepal telah masuk cetakkan kedua agar dapat memenuhi permintaan pembaca. Insya Allah, dalam masa beberapa minggu ia akan masuk ke kedai-kedai buku seperti MPH, Popular, Border dan lain-lain. Dapatkan segera sementara stok masih ada. Anda juga boleh mendapatkan terus dari saya secara online melalui facebook saya Mhilmi Osman/Travelog Mieey atau pun Instagram saya Travelog Mieey. Kita mengharapkan lebih ramai lagi rakan-rakan kita yang sudi berkongsi pengalaman masing-masing agar ia dapat di manfaatkan atau boleh menjadi pengajaran buat kita semua.

  

Bagaimana Proses Melakukan Cetakan Buku

Cetakan buku permulaannya dilakukan pada satu bidang kertas yang besar (tidak pasti ukurannya) dimana di dalam kertas tersebut akan merangkumi samada 16 muka surat atau pun 32 muka surat yang akan menjadikannya satu set. Ia akan dilipat agar ia menjadi 16 muka surat.  Set seterusnya pula akan di sambung untuk 16 muka surat seterusnya dan begitulah sehingga memenuhi keseluruhan skrip sesebuah buku.

Set-set tersebut akan di gabungkan dan proses binding akan dilakukan pada semua set terebut agar menjadi sebuah buku. Setelah siap binding, buku tersebut akan di potong agar lipatannya tadi akan terpotong supaya setiap muka surat di pisahkan dari lipatan tersebut. Maka terbentuklah buku tersebut. Begitulah serba sedikit yang saya faham dengan proses mencetak dan menyiapkan sebuah buku. Andai ada kesilapan, saya memohon maaf kerana saya bukanlah pakar dalam bidang cetakan buku.

 

Cetakan di lakukan pada satu bidang kertas yang besar dan akhir akan di potong setelah proses binding dilakukan.

Proses akhir iaitu membungkus buku yang telah siap

Sempat bersama dan berselfie dengan pekerja yang telah menjayakan proses cetakan buku Langtang Nepal

 

Travelog : LANGTANG NEPAL, Menjelajah Hingga Ke Himalaya
.
Harga : RM 28.00 (Semenanjung)/RM 30.00 (Sabah/Sarawak)
Harga Termasuk Kos Penghantaran : 
RM 34.00 (Semenanjung), RM 39.00 (Sabah/Sarawak)
Bilangan Muka Surat : 304
.
Tempahan Melalui : -
1. Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
2. Facebook : www.facebook.com/travelogmieey
3. Facebook : www.facebook.com/mieeyphotography
4. WhatsApp : 019-5694141
5. COD : Alor Setar dan sekitarnya
.
Pembayaran :
1. Transfer/ Bank In/ Cash Deposit.
A. Bank Islam. 
No Akaun : 02-1050-1002-1528 
Nama : Travelog Mieey Enterprise
.
B. Maybank Berhad. 
No Akaun : 5521-7005-9514 
Nama : Mohamad Hilmi Osman
.
Terima Kasih 
Assalamualaikum
.
#langtang #nepal #travelog #travelogmieey #backpackers #travel#traveler #travelogue #backpackersmalaysia #goasean 

#gayatravel#gengkakitravel #kakibuku #ulatbuku #buku #bacabuku #bukumurah#jualbuku #jualanbuku 

#malaysia #malaysian #book #books#bookstagram #bookshelf #bookworm #bookaddict #bookphoto#backpacker

 

KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MEMBELI BUKU INI ............