Perjalanan kami berdua kali ini bermula dari Alor Setar ke KL dan akhirnya ke Srinagar Kashmir India. 

Bagi mengurangkan kos penerbangan, kami mengambil keputusan untuk memilih penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kolkata, India dengan menggunakan Penerbangan Air Asia dan Indigo. 

Dalam Flight MAS Alor Setar ke KL juga telah di hidangkan dengan cerita berkenaan Kashmir . 

Seperti kemana-mana destinasi, anda perlu mengisi Arrival Card sebelum mendarat bagi memudahkan proses untuk diberikan semasa proses pemeriksaan passport dan visa India

Dari Kolkata pula, kami telah memilih Penerbangan Indigo ke Srinagar dengan hubungan (connecting) di New Delhi kerana Indigo tidak mempunyai penerbangan terus ke Srinagar dari Kolkata. Bukan sahaja Indigo, malahan penerbangan lain seperti Spice Jet atau Air India juga tidak menawarkan penerbangan terus ke Srinagar dari Kolkata. Kami memilih perjalanan sebegini bagi mengurangkan kos penerbangan, bagaimana pun tempoh perjalanan menjadi sedikit panjang.

Penerbangan kami berlepas dari LCCT pada pukul 10.35 mlm dan tiba di Kolkata pada jam 12.05 pagi local time. Kami terpaksa bermalam di Lapangan Terbang Kolkata sementara menunggu penerbangan Indigo ke Srinagar pada keesokan paginya.

Prosedur keselamatan lapangan terbang di India adalah jauh berbeza dengan lapangan terbang di Malaysia. Untuk memasuki kawasan lapangan terbang di India, kita perlu menunjukkan Tiket Sah penerbangan yang akan kita naiki. Sekiranya kita tidak mempunyai tiket yang sah, kita tidak akan di benarkan masuk ke lapangan terbang. Proses pemeriksaan ini dilakukan sendiri oleh askar India di setiap pintu masuk lapangan terbang. 

Bagi memudahkan pengurusan anda, sila pastikan anda mencetak tiket penerbangan anda apabila anda ke India dan sila pastikan tiket tersebut mudah di ambil supaya proses penerbangan anda tidak terganggu. Seperti penerbangan kami, apabila tiba di lapangan terbang Kolkata, Arrival Hall adalah di tingkat bawah. Setelah keluar dari Arrival Hall, terdapat escalator atau lif untuk ke tingkat atas bagi Departure Area di mana proses check in dilakukan. Di tepi escalator tingkat atas yang merupakan pintu masuk ke departure area akan terdapat askar India yang akan memeriksa tiket penerbangan sebelum dibenarkan masuk ke dalam Departure Area. Sila pastikan anda mempunyai printed ticket untuk masuk.

 

Di balakang sana merupakan "security check area" untuk ke boarding area

cuba menghabiskan masa di Airport Kolkata untuk penerbangan esoknya

Free news paper at Kolkata Airport

Check in time for flight Indigo Kolkata to Srinagar

Tersenyum Lebar. Dengan melihat boarding pass tertera "To Srinagar" telah membuat hati merasa gembira dan tidak sabar untuk tiba di sana

Suasana pagi hari di Kolkata Airport

Waiting for boarding at departure hall Kolkata Airport

Melihatkan momen ini, terdetik dalam hati sekiranya terdapat client saya yang memohon untuk shoot for their Pre-Wedding or Post Wedding in India :-)

Delhi View from flight before landing

 

Keesokan paginya kami berlepas pada pukul 8.50 pagi dan tiba di Delhi pada pukul 11.15 pagi. Untuk pengetahuan, bagi penerbangan hubungan (connecting flight) Indigo, apabila tiba di New Delhi, anak kapal (stewardess) akan membuat pengumuman supaya penumpang yang akan ke Srinagar untuk terus tunggu di dalam pesawat. 

Setelah kesemua penumpang yang akan ke Delhi turun, barulah anak kapal akan mengarahkan penumpang ke Srinagar untuk turun dari pesawat dan menaiki sebuah bas yg dikelolakan oleh Indigo. Bas tersebut akan membawa ke semua penumpang terus ke pesawat yang akan ke Srinagar.

Apabila kami memasuki pesawat tersebut, pesawat telah pun dipenuhi dengan penumpang yang akan ke Srinagar, kerana ketika itu tinggal 15 minit sahaja lagi untuk pesawat itu dijangkakan untuk berlepas iaitu pada pukul 12.25 tgh.

Memandangkan ini merupakan penerbangan pertama saya melibatkan "connecting flight", dan saya tidak biasa dengan prosedurnya, saya agak risau akan ketinggalan flight ke Srinagar kerana 'connecting time' hanyalah lebih kurang 1 1/4 jam sahaja. Kerisauan itu hilang setelah mendengar pengumuman dr anak kapal agar penumpang ke Srinagar perlu tunggu dahulu di dalam pesawat.

Untuk perjalanan kami yang sebegini, kos yang terlibat dari Kuala Lumpur ke Srinagar, pergi dan balik adalah sebanyak RM1300. Bagaimanapun, seperti yang nyatakan sebelum ini, ia akan melibatkan waktu perjalanan yang lama. Iaitu hampir 2 hari untuk tiba ke destinasi. 

Bagaimanapun, bagi yang ingin menyingkatkan perjalanan, boleh memilih Penerbangan MAS KL terus ke New Delhi (RM1600-RM2000). Dan kemudian boleh meyambung perjalanan ke Srinagar dengan local flight (Indigo, Spice Jet atau Air India) dengan kos lebih kurang RM400 pergi dan balik. Malindo Air juga telah menawarkan flight KL ke New Delhi dengan harga lebih kurang RM1200-RM1600. 

Walaupun perjalananan yg kami pilih ini agak panjang, sesuatu yg menarik adalah dimana kami dapat merasai pengalaman mengharungi perjalanan yang panjang, tidur di terminal dan juga meneruskan perjalanan tanpa mandi pagi. Sesuatu yg menarik untuk di kenang. Pilihan di tangan masing-masing. 

Untuk pengetahuan, terdapat sedikit perbezaan penerbangan tambang murah Indigo dengan Air Asia, di mana bagi Indigo, harga tiket yang di beli adalah termasuk dengan berat luggage sebanyak 15KG. Manakala bagi Air Asia, harga tiket tidak termasuk dengan luggage, anda perlu menambah luggage tertentu dengan tambahan harga yang tertentu.

 


Pesawat akan ke Srinagar

 

 

 

Bas Indigo yang akan membawa penumpang sehingga ke tangga menaiki pesawat

Di Lapangan Terbang New Delhi, sementara menunggu bas yang akan membawa penumpang untuk ke pesawat yang akan menuju ke Srinagar

At Srinagar Airport sebelum seorang askar menegur agar tidak mengambil gambar di kawasan ini.