Srinagar juga terkenal dengan pembekal buah buahan dan sayuran. Ia juga terkenal sebagai pembekal bunga. Di Srinagar, terdapat Pasar Terapung Harian (Daily Floating Market) yang kebanyakannya menjual sayur-sayuran. "Floating Market ini terletak berhampiran dengan kampung terapung di Dal Lake. Floating Market ini lebih kurang sama dengan floating market di Bangkok, Thailand. Ia bukan lah sesuatu perkara yang besar, bagaimanapun saya dan rakan terhibur menikmati permandangan floating market ini dimana penjual membuat tawaran kepada pembeli. Dan di pasar ini tidak terdapat penjual wanita. Kesemua penjual adalah terdiri dari kaum lelaki.

Untuk ke Floating Market ini, kita perlu keluar awal pagi iaitu seawal pukul 5.30 pagi. Perjalanan Shikara (wood boat) akan mengambil masa selama 30 ke 45 minit untuk sampai ke Floating Market ini dari Dal Gate dimana banyak shikara terdapat. Seeloknya kita perlu menempah lebih awal di hari sebelumnya untuk ke Floating Market ini sekiranya kita ingin keluar seawal 5.30/6.00 pagi. Bayaran untuk penggunaan Shikara ini adalah di antara INR100 ke INR300 untuk sejam bergantung kepada musim/masa kita menggunakan perkhidmatan tersebut. 

Kebiasaannya semasa musim sejuk (winter), perkhidmatan shikara ini adalah semurah INR100 sejam, memandangkan tidak ramai pelancung ketika musim sejuk.  Oleh kerana saya berada di sini pada musim sejuk, saya dan rakan keluar hanya pada pukul 7.30 pagi, memandangkan pada musim sejuk, akitivi Floating Market ini amatlah kurang. Aktiviti penduduk tempatan juga amat kurang pada musim sejuk, dimana kebanyakan aktiviti penduduk tempatan bermula pada pukul 9.00.

Buat rakan-rakan yang akan ke Kashmir (Srinagar), di sarankan untuk mencuba aktiviti menyusuri Dal Lake dengan menggunakan Shikara dan menikmati aktiviti Floating Market ini. Tidak lengkap untuk seseorang pelancung itu tidak mencuba aktivi ini yang amat unik sekali.

 

 

KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MEMBELI BUKU HASIL TULISAN DAN TERBITAN SAYA INI ............