Setiap negara atau wilayah mempunyai cara, prosedur atau peraturan masing-masing. Sebelum kita ke sesuatu negara atau kemana-mana wilayah di dunia ini, ada baiknya kita memahami dan mengetahui sedikit sebanyak peraturan atau prosedur apa jua yang terdapat negara tersebut.

Fasiliti telekomunikasi telefon mudah alih di Kashmir agak berbeza dengan yang ada dikebanyakan negara (setahu saya). Buat pengetahuan, fisiliti telefon mudah alih negara luar tidak boleh digunakan atau tidak akan berfungsi (DISEKAT) di Kashmir termasuk telefon yang telah di aktifkan mode perantauan (roaming). 


Semua telefon mudah alih dari luar di sekat apabila berada di Kashmir. Bukan sahaja telefon mudah alih dari negara luar disekat, tetapi termasuk mana-mana juga telefon mudah alih di luar wilayah Jammu & Kashmir. Telefon atau sim kad yang dibeli dan di dahtarkan di New Delhi (India) juga tidak akan berfungsi apabila berada di Wilayah Kashmir. 

Sekiranya pelancung atau individu yg ingin menggunakan kemudahan telefon mudah alih perlu membeli sim kad di Kashmir dan didaftarkan disana. BAGAIMANAPUN, proses pendaftaran sim kad tersebut akan mengambil masa selama 2 minggu. 

Apa yang dilakukan oleh beberapa individu di Kashmir, terutamanya yang memberi perkhidmatan teksi, mereka menawarkan untuk meminjamkan sim kad Kashmir sekiranya kita menggunakan perkhidmatan teksi mereka sepanjang kita berada disana. Saya juga telah menerima tawaran untuk meminjam sim kad tersebut daripada pemandu teksi yang membawa saya dari Airport Srinagar ke Hotel Pada hari ketibaan di Srinagar.