Pembelian dan pengurusan ticket samada tiket kapal terbang, keretapi mahupun bas merupakan sesuatu yang penting sekiranya kita menjelajah atau travel ke mana-mana negara atau wilayah. 

Sedikit tips atau pengalaman dari saya yang menjelajah Bandar Srinagar, Jammu Kashmir India. Seperti yang dirancang, kesemua tiket penerbangan sepanjang penjelajahan saya dan rakan saya Mohammad Hanafi telah pun diambil dan disediakan dengan sempurna sebulan sebelum penjelajahan ke Kashmir ini. Bagaimanapun kadang kala perancangan yg telah disusun boleh berubah atau perlu diubah atas sebab-sebab tertentu. Seperti perjalanan saya yang lepas, saya dan rakan terpaksa membuat perubahan penerbangan, iaitu terpaksa pulang lebih awal atas sebab kecemasan.

 

 

Saya perlu membuat perubahan tarikh tiket penerbangan Indigo dari Srinagar ke Delhi dan juga membeli tiket penerbangan baru dari Delhi ke Kuala Lumpur. Untuk tiket penerbangan Indigo, perubahan tiket boleh di buat secara online sekiranya anda mempunyai aksess kepada internet. 

Bagaimana pun, kita tidak dapat membuat pembayaran melalui kredit kad kerana kita tidak boleh menerima sms untuk password sementara bagi pembayaran tersebut memandangkan khidmat roaming untuk telefon mudah alih telah DISEKAT sekiranya kita berada di Kashmir. Sila rujuk posting sebelum ini berkenaan telefon mudah alih di Kashmir ( Kemudahan Telefon Mudah Alih yang terhad ).

Bagaimanapun, bagi penerbangan Malaysian Airlines (MAS), tidak perlu password sementara melalui sms untuk menempah penerbangan melalui kad kredit secara dalam talian (online). Anda boleh menempah terus tiket dan membuat pembayaran melalui internet.


Untuk mengatasi masalah ini sekiranya anda berada di Kashmir, anda boleh menggunakan perkhidmatan yg disediakan disesetengah cyber cafe yang memberikan perkhidmatan menempah tiket penerbangan. Charge yang dikenakan tidaklah begitu mahal, iaitu sebanyak RM15-20 bagi setiap penumpang. Terdapat banyak kedai cyber cafe di Srinagar ini yg menawarkan perkhidmat menempah tiket penerbangan. Pembelian tiket pernerbangan juga boleh di buat oleh agen2 ini, bagaimanapu harga tiket akan lebih mahal dari pembelian secara online keran agen ini mengambil komisen dari setiap tiket yang di beli.

Untuk syarikat penerbangan Indigo, apa yang boleh dilakukan untuk atasi masalah ini, iaitu bagi perubahan tarikh dan masa tiket (tidak pasti dengan pembelian tiket baru), kita hanya perlu membuat perubahan tersebut melalui internet, sehingga perubahan itu telah berjaya diubah dengan status NEEDS PAYMENT. Setelah selesai membuat perubahan tersebut anda hanya perlu print tiket baru tersebut (pastikan tarikh yang betul) yang juga merupakan pass untuk anda masuk ke kawasan lapangan terbang atau terminal. HARUS DIINGAT, di India, anda tidak akan dibenarkan masuk ke terminal lapangan terbang sekiranya anda tidak mempunyai tiket yang sah.

Di terminal lapangan terbang Srinagar, iaitu di luar pintu masuk terminal sebenarnya, terdapat kaunter beberapa syarikat penerbangan seperti Spice Jet, Air India dan juga Indigo. Kita boleh membuat pembayaran changes fee bagi penerbangan kita di kaunter tersebut. Kaunter ini dibuka pada jam 9.30 pagi. 

Sekiranya kita tidak sempat untuk membuat pembayaran di kaunter ini oleh sebab masa penerbangan yang awal dan kaunter masih tutup, kita juga masih boleh membuat pembayaran tersebut semasa kita melakukan proses daftar masuk (Check In). Disini, pembayaran melalui tunai dan juga cek (cheque) adalah diterima. Sama seperti yang berlaku pada saya di mana pembayaran tidak dapat dilakukan di kaunter kerana terdapat permasalah sistem komputer di kaunter tersebut dan saya membuat pembayaran semasa daftar masuk.


HARUS diingat, kaunter terletak diluar pintu masuk terminal dan cuaca amat sejuk sekiranya di musim sejuk (winter). Anda perlu ada tiket penerbangan sebelum masuk ke dalam terminal dan pemeriksaan keselamatan juga di buat dipintu tersebut sebelum anda dibenarkan masuk. Pemeriksaan keselamatan sekali lagi akan di buat sebelum masuk ke Boarding area. 

 

----- >>>> Rujuk Kemudahan Telefon Mudah Alih di Kashmir