Memory to remember | Semasa Darjah 5, Nov 1987, Sek Keb. Gangga Beruas Perak

 

Bagi sesetengah orang, kembali ke sekolah lama untuk melihat perkembangan terbaru di sekolah yang pernah didiami untuk mendapatkan ilmu asas bukanlah sesuatu yang seronok untuk dirasai… mungkin tiada yang menarik untuk dikunjungi, Tetapi bagi sesetengah orang, kembali ke sekolah lama yang pernah didiami selama 6 tahun iaitu dari tahun 1 (darjah 1 ) hingga ke tahun 6 (darjah 6) dapat mengimbau kembali sedikit sebanyak kenangan di sana. 

 

Teringat kembali di saat mula bersekolah, belajar di sekolah, bermain di sekolah, nakal di sekolah dan berbagai kenangan yang dapat diimbau kembali sekiranya kita masih ingat… 

 

Kali ini berpeluang untuk kembali ke sekolah lamaku yang telah aku tinggalkan sejak 25 tahun yang lalu. Sekolah yang aku maksudkan ialah SEKOLAH KEBANGSAAN GANGGA, BRUAS, PERAK DARUL RIDZUAN (kini ejaan BERUAS). Bermula 1983 sehingga 1989 adalah jangkamasa aku menimba ilmu asas utama sistem pendidikan diwaktu itu. Banyak perubahan terutama dari segi terdapat bangunan-bangunan baru yang dibina bagi menampung keperluan sekolah tersebut. Banyak kenagan yang kembali ke memori ini, yang tidak dapat diceritakan disini atas kesuntukan masa dan juga kerana memori tersebut hanya indah buat diriku. 

Bagaimanapun, aku amat gembira pada hari ini kerana berpeluang membawa anak-anak ku ke sekolah rendah ku yang pernah aku duduki suatu masa dahulu.. Anak-anakku juga gembira dan teruja dapat mengunjungi sekolah ku ini, dan mereka ada bertanyakan bagaimana lagu sekolah ku ini, tetapi aku pun sudah lupa lagu sekolah ku itu….

salam mengimbau kembali memori…. dari Mhilmi Osman (Batu 36 Jalan Sitiawan, Bruas, Perak)