Cuba Jaya

Thursday, February 22, 2018

 

Aperture berbeza menghasilkan bokeh yang berbeza. Bagi mendapatkan bokeh dengan corak ala-ala Hexagon, kebiasaannya kita perlu menggunakan aperture f/3.2. Sekiranya kita menggunakan aperture yang terlalu besar seperti f/1.8 atau f/1.4, bokeh yang terbentuk adalah ala-ala bulatan dan bukannya Hexagon.

 

 

Bokeh ala-ala bulat yang dihasilkan dengan menggunakan aperture f/1.8 | Photo by Mhilmi Osman

 

 

Bokeh ala-ala Hexagon yang dihasilkan dengan menggunakan aperture  f/3.2 | Photo by Mhilmi Osman

 

Bagaimana pun sekiranya kita menggunakan aperture f/3.2, kita kena pastikan bahawa subjek kita berkedudukan jauh dari background. Ini bagi memastikan kita dapat menghasilkan bokeh. Sekiranya subjek berada dekat dengan background, bokeh yang dihasilkan tidaklah begitu menarik. Juga sekiranya kita ingin menghasilkan bokeh menarik ini, kita kena pastikan terdapat sumber cahaya pada latarbelakang (background) tersebut. Sekiranya tiada sumber cahaya, bokeh yang berbentuk hexagon ini tidak dapat dihasilkan dengan menarik.