Potrait ini dirakam di sebuah kampung yang terletak di Kokernag, Kashmir India. Tidak seperti kanak-kanak zaman sekarang, termasuk anak saya sendiri yang selesa bermain dengan Ipad dan seangkatan dengan nya. Kanak-kanak disini lebih selesa menghabiskan masa dengan bermain dengan apa yang ada disekeliingnya termasuk bermain tanah walaupun bagi kita ia sesuatu yang kotor. Kanak-kanak ini telah biasa dan tidak ada masalah kesihatan walau pun bermain kotor.

Tidak di nafikan, sebagai seorang bapa kepada 4 orang anak, ketika gambar ini dirakam terdetik rasa pilu dihati bila teringatkan anak-anak sendiri yang agak jauh perbezaan cara hidup dengan kanak-kanak disini. Anak-anak kita boleh dikatakan lebih manja memandangkan kehidupan kita yang agak selesa. Walaupun ketika ini agak gembira dapat merakamkan gambar potrait yang sebegini, tetapi bergenang juga air mata apabila terkenang anak-anak di kampung halaman. Saya juga manusia biasa.... "Life must go on.."

 

Destination Wedding Photographer

Mhilmi Osman

www.mieeyphotography.com