Bayi atau kanak-kanak amat cepat pembesarannya, Dari hari ke hari terdapat perubahan fizikal pada kanak-kanak. Begitu banyak peluang untuk saya merakam pembesaran anak keempat saya ini dilepaskan akibat tiada kesempatan atas sebab kesibukan dengan rutin harian. 

Bagaimanapun saya cuba kali ini untuk merakam foto anak saya yang kini telah berumur 3 bulan lebih. Rakaman foto kali ini dibuat di bilik tidur saya sendiri dengan bantuan anak sulung saya Saffa Sufailah Huda yg berumur 10 tahun. Setting dan sesi ini dilaksanakan dengan mengambil masa 15 minit.
Saya menyediakan lokasi untuk rakaman ini berhampiran dengan jendela bilik tidur. Saya menggunakan lens 50 mm f/1.4. Sudut atau angle agak terhad kerana jendela berada berdekatan dengan dinding. Saya cuba mengambil jarak yang maksimum bagi mendapatkan composition yang diperlukan. 

Saya cuba untuk mendapatkan background yang paling gelap/hitam bagi menaikan subjek yang ingin dirakam, bagaimanapun saya tidak berjaya memandangkan konsep bilik tidur saya adalah bewarna putih dan begitu juga dengan cadar katil, dimana pantulan warna putih telah menyebabkan suasana latarbelakang agak cerah. 

Sebelum merakam gambar ini, saya telah mengarahkan anak saya Saffa untuk berada di posisi subjek yang akan dirakam. Laras atau setting kamera di ambil dengan menjadikan Saffa sebagai subjek dan saya juga telah mengajar sedikit kepada Saffa tentang komposisi gambar yang akan dirakam dengan memastikan Saffa meletakkan titik fokus pada subjek bagi mendapatkan komposisi yang saya kehendaki. Saya tidak akan merakam gambar ini, tetapi  ia akan di rakam oleh Saffa setelah setting dilakukan tadi kerana Saffa belum mampu untuk memegang Sufail dengan berkeadaan sebegitu. Saya lebih yakin Saffa merakam gambar ini dari memegang anak bungsu saya dalam posisi sebegini

Saya telah menggunakan pembukaan lensa f/3.2 dan shutter speed 1/320 walaupun lensa saya mampu untuk maksimum f1.4 bagi mengurangkan bokeh memandangkan kanak-kanak sering bergerak. Saya juga tidak berjaya untuk menggelapkan background ke tahap maksimum oleh kerana perbezaan kontra cahaya di posisi subjek dengan latarbelakang/background tidak begitu ketara kerana cuaca diluar sedikit mendung dan cahaya matahari dari luar tidak begitu terang. Bagi menaikan impak gambar, saya menggunakan preset VSCO bagi menjadikan kesan tona yang lebih menyerlah. Diharap saya dapat melakkukannya dengan lebih berkesan dengan bantuan pembantu yang boleh memegang bayi dalam keadaan sebegitu.