Kembara solo ku kali ini dirancang hanya 4 hari sebelum penerbangan ke Aceh dari Pulau Pinang, kerana perancangan sebenarku adalah ke Medan Indonesia. Atas sebab-sebab tertentu, aku mengubah destinasi travel kali ini ke Aceh 4 hari sebelum penerbangan dan tiket hanya "comfirm" 3 hari sebelum penerbangan. Tidak banyak aktiviti yang dapat di rancang dalam masa 4 hari dalam keadaan yang sibuk dengan tugas2 harian. Bagaimana pun, dengan sejarah tsunami yang melanda Aceh, aku mengikuti aktiviti-aktiviti kebiasaan pelancung yang mengunjungi tempat-tempah sejarah tsunami.
 
Masjid Rahmatullah adalah sebuah masjid yang masih kukuh ketika tsunami melanda pada tahun 2004. Sebahagian kecil dari struktur masjid tersebut rosak akibat tsunami, bagaimana pun struktur asal masjid tersebut tetap kukuh walau pun di landa tsunami sedangkan persekitaran masjid seperti rumah dan pokok-pokok hilang di landa tsunami. Kerajaan Turkey telah membantu membangunkan kembali masjid ini dan juga telah menyediakan perumahan-perumahan baru kepada penduduk sekitar Lampuuk.  Dapat di lihat di setiap rumah yang di bina oleh kerajaan Turkey ini di letakkan logo Kerajaan Turkey.