Mungkin menaiki bas ini merupakan satu pengalaman yang lebih "Advanture" sekiranya dapat dilakukan di sini

 

Way to Sonamarg. Sonamarg terletak 84KM dari srinagar.  Ia mengambil masa lebih kurang 2 1/2 jam untuk sampai kesana dari Srinagar dengan menaiki kereta. Ketika musim sejuk, permandangan unik dan menarik bagi kita yang tinggal di negara tropika. Ia merupakan satu pengalaman yang indah dan menarik untuk di rasai. Terdapat sebuah kawasan pekan yang bernama Kangan yang rasanya amat menarik untuk di kunjungi terutama bagi pengemar fotografi untuk mendapatkan gambar-gambar yang bertemakan "Human Interest". Banyak lagi kawasan perkampungan yang diliputi salji yang amat menarik untuk disiggah sepanjang perjalanan ke Sonamarg. Bagaimana pun, faktor masa mungkin tidak mengizinkan kita untuk berhenti lama dan menikmati keindahan tersebut. Sekiranya kita merancang untuk menikmati dan merasai pengalaman di perkampungan sepanjang perjalanan ke Sonamarg, mungkin kita boleh merancang kunjungan khas untuk ke kawasan perkampungan diantara Srinagar dan Sonamarg tersebut.

 

Persekitaran perkampungan di Sonamarg

Menunggang kuda merupakan salah satu aktiviti pengunjung yang boleh dilakukan di Sonamarg