• This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Kali ini mengambil sedikit masa bersama keluarga untuk merakam gambar bersama keluarga (group photo). Kini ramai sekali yang memiliki kamera DSLR atau Jurufoto yang begitu pandai mengendalikan kamera dan merakam gambar yang cantik. Dan ramai juga pula diantaranya lupa atau kurang bergambar dengan keluarga akibat dari terlalu ghairah untuk mendapatkan gambar-gambar yang cantik dan menarik. Bagi yang telah mempunyai keluarga, suami, isteri dan juga anak-anak, amat rugi sekali sekiranya memiliki kurang gambar besama anak-anak terutamanya kerana anak-anak akan membesar dan peluang untuk bergambar dengan mereka ketika kanak kanak hanya sekali dalam hidup.

Mungkin ada yang menganggap bahawa mengambil gambar besama anak-anak serta suami/isteri amat mudah untuk dilakukan. Dari segi teknikal, memang mudah, anda hanya perlukan sebuah kamera, tidak kira DSLR atau kamera kompak atau kamera telefon bimbit/smartphone dan juga seunit tripod atau mengupah seorang jurufoto (bagi yang berkemampuan untuk mengupah jurufoto setiap kali ingin bergambar dengan keluarga). Tetapi dalam kesibukan kehidupan seharian masa kini, untuk mendapatkan komitmen dari keluarga untuk bergambar bersama bukan lah sesuatu yang mudah. Nampak mudah, tetapi tidak begitu mudah. Begitu juga untuk mendapatkan komitmen dari anak2 yang berumur antara 3-6 tahun juga bukanlah sesuatu yang mudah dalam menghasilkan group photo. Kanak2 dalam umur tersebut adalah dalam tahap yang bersifat ingin tahu. Semua benda yang baru di lihat atau jarang di lihat amat menarik untuk dilihat, disentuh dan ingin tahu denan benda tersebut. Oleh sebab itu sedikit sukar untuk mengajak mereka untuk bergambar terutama bila berada di luar. Kalau dilihat dengan gambar-gambar dibawah yang hanya anak-anak saya sahaja yang ada dalam gambar tersebut, dapat dilihat berbagai ragam anak-anak saya yang dapat dirakam. Rakaman tersebut dibuat semasa saya sedang menguruskan laras kamera (setting) dalam mendapatkan dan menghasilkan gambar pada kali ini. Begitulah ragam dan tingkah laku kanak dan kita perlulah bijak menguruskan mereka dalam menghasilkan gambar yang kita inginkan.

Situasi dan masa juga memain peranan dalam menghasilkan 'group photo' ini. Cuba anda lihat dalam gambar yang dirakam oleh saya ini yang mengunakan Nikon D700 + 50mm f\1.4. Apa yang anda rasa kurang. Cuba anda lihat pada mimik muka anak saya yang bungsu yang didukung oleh isteri saya. Muka nya agak masam, muram dan lihat mulutnya senyum melengkung ke bawah… :-).  Itu semua kerana anak bungsu saya tersebut baru sahaja bangun dari tidur. Masih mamai dibuai mimpi… sebab itulah mukanya agak masam. Seperti saya katakan tadi, situasi dan masa juga memainkan peranan dalam menghasilkan gambar keluarga yang terutamanya melibatkan kanak-kanak. Bagaimana pun, saya berpuas hati kerana seluruh keluarga saya ada dalam gambar tersbut. Anak-anak saya akan meningkat dewasa, amat rugi sekali sekiranya saya jarang bergambar bersama anak-anak saya yang masih kecil ini. Pastinya ada kekesalan pada diri sekiranya kita jarang merakam gambar kita bersama anak-anak kita bila mereka telah dewasa nanti atau kita dah semakin tua.

Hargailah masa anda bersama keluarga anda terutamanya bersama anak anak anda… 

 

Mhilmi Osman

MieeyPhotography

 

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Memory to remember | Semasa Darjah 5, Nov 1987, Sek Keb. Gangga Beruas Perak

 

Bagi sesetengah orang, kembali ke sekolah lama untuk melihat perkembangan terbaru di sekolah yang pernah didiami untuk mendapatkan ilmu asas bukanlah sesuatu yang seronok untuk dirasai… mungkin tiada yang menarik untuk dikunjungi, Tetapi bagi sesetengah orang, kembali ke sekolah lama yang pernah didiami selama 6 tahun iaitu dari tahun 1 (darjah 1 ) hingga ke tahun 6 (darjah 6) dapat mengimbau kembali sedikit sebanyak kenangan di sana. 

 

Teringat kembali di saat mula bersekolah, belajar di sekolah, bermain di sekolah, nakal di sekolah dan berbagai kenangan yang dapat diimbau kembali sekiranya kita masih ingat… 

 

Kali ini berpeluang untuk kembali ke sekolah lamaku yang telah aku tinggalkan sejak 25 tahun yang lalu. Sekolah yang aku maksudkan ialah SEKOLAH KEBANGSAAN GANGGA, BRUAS, PERAK DARUL RIDZUAN (kini ejaan BERUAS). Bermula 1983 sehingga 1989 adalah jangkamasa aku menimba ilmu asas utama sistem pendidikan diwaktu itu. Banyak perubahan terutama dari segi terdapat bangunan-bangunan baru yang dibina bagi menampung keperluan sekolah tersebut. Banyak kenagan yang kembali ke memori ini, yang tidak dapat diceritakan disini atas kesuntukan masa dan juga kerana memori tersebut hanya indah buat diriku. 

Bagaimanapun, aku amat gembira pada hari ini kerana berpeluang membawa anak-anak ku ke sekolah rendah ku yang pernah aku duduki suatu masa dahulu.. Anak-anakku juga gembira dan teruja dapat mengunjungi sekolah ku ini, dan mereka ada bertanyakan bagaimana lagu sekolah ku ini, tetapi aku pun sudah lupa lagu sekolah ku itu….

salam mengimbau kembali memori…. dari Mhilmi Osman (Batu 36 Jalan Sitiawan, Bruas, Perak)

 

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
  • 32, Alor Setar, 05050. Malaysia
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Whatsapps